BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 3, 2012

muhasabah semula 1

Bismillahirrahmaanirrahim...

Salam alaik!

alhamdulillah thumma alhamdulillah...
satu hari yang cukup nyaman rasanya...kira-kira jam 12:20 sebentar tadi, bekalan elektrik terputus di makmal...AllahuAllah! kerja banyak lagi belum disiapkan...

otak pula sudah pening dek terlalu banyak prosedur yang perlu aku lakukan..isolate DNA, purify DNA, PCR, etc lah...its reallyyy...awaesome actually! mashaAllah!

Tidak aku nafikan, praktikal di kampus dan di makmal luar cukup berbeza...dari segi peralatan yang digunakan sampailah kepada soal tanggungjawab diri...

kenapa berbeza? makmal di company lebih canggih dan up-to-date berbanding kampus...kerja-kerja di makmal luar juga harus dilakukan by your own...oh! mencabar sungguh! enggak ada lab technichian yang comel dan baik hati untuk buatkan tahu? tiada lagi ruang bermanja-manja untuk semua itu...

erkss...tapi boleh je kalau nk tunjuk ajar..jangan salah faham tahu? nanti jadi manusia bodoh sombong pula...

basically, kerja di makmal luar ini lebih kepada molecular biology work...initially, terfikir juga hati ini apa jawatan kakak2 dan abang2 muda di sini? lepas isi borang, minta cop etc, barulah tahu!! they are scientists...senior scientistsss...mashaAllah! Allah kalau mahu beri kebijaksanaan pada manusia sekelip mata sahaja! gaji besar, kereta mewah, otak geliga,,,tinggal mahu bersyukur atau tidak sahaja...ini baru dunia Allah bagi...andai sahaja saintis ini ikhwah dan akhawat...pasti kereta-kereta mewah dan besar itu bukan di situ...eh..ke cne? mungkin kereta murah, tapi besar...kenapa? sebab nk isi anak-anak usrah...bila berdaurah, mudahlah...as well as ikhwah akhawat berkereta luas-luas...maklumlah...ramai anak :D

oh! kalaulah fikrah islam dalam bentuk DNA, pasti akan kucari which DNA yang mampu meexpresskan expression islam dan fikrah islam yang syumul itu...dapat sahaja DNA itu, terus sahaja diinject ke badan manusia! ataupun! guna bioteknologi hari ini,,,masuk ke dalam makanan! oh! andai sahaja ia semudah itu....pasti sudah ramai akhawat bertungkus lumus belajar untuk run as many gel as possible untuk determine gene yg boleh diinject itu..eh! ini impossible tahu! okies...sila pulang ke pangkal jalan ;)

baik! mungkin sahaja segala yang dilalui ini adalah untuk memberi satu tarbiyah pembersihan diri ini dari segala sifat mazmumah yang melekat-lekat...oh hati! kuatlah! kerja-kerja yang banyak di makmal serta kekangan masa antara dakwah dan tarbiyah sebenarnya cukup menguji diri...dai'e itu bukan makhluk yang manja..tapi yang cukup militansi dalam kerjanya...kerana dia tahu...

"Di antara org2 mukmin itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)." (al-ahzab: 23)

Allahu Allah..tika melangkah di atas jalan dakwah ini, ada pelbagai perkara yang perlu dikorbankan...masa, harta, jiwa, tenaga..seluruhnya senang kata...kalaulah hati mengatakan dakwah ini cinta, sudah pasti segalanya dilalui tanpa banyak soal...tanpa banyak keluhan...moga Allah permudahkan jalan kita akhawat...

sebab dalam usaha membentuk adik-adik mutarabbi ini, sangat perlu pada kesabaran jiwa...terkadang, aku juga mahu berlepas diri..membiarkan jiwa-jiwa ini membuat penilaian sendiri, membuat keputusan diri...tanpa ada paksaan tanpa ada sesi pujukan...entahlah...mungkin sebab hati ini tidak mahu membuat andaian awal..tidak mahu membuat mereka kurang selesa atas rayuan-rayuan yang entah berbaloi atau tidak..tapi tidak mengapalah,...usahakan sahaja...Allah akan uruskan bukan? yakinlah :)

umpama tissue culture yang ditanam dengan penuh kaseh dan chenta dalam petri plate...disediakan dengan nutrient yang mencukupi serta antibiotik yang optimum dalam usaha membantu plant tersebut membesar dengan baik, tanpa calitan microorganisms yang bakal mengotorkan diri seperti mana jahiliyah melekat di hati...

tissue culture yang membutuhkan kesabaran dan keredhaan Allah...eh? anda tanya kenapa? sebab kita hanya boleh sediakan agar, masukkan antibiotik, bekalkan cahaya dan simpankan plant yang telah di culture di bawah cahaya lampu...biar ia membesar, jadi individu muslim ..eh?

biar dia membesar dan berkembang di bawah naungan dan nikmatnya cahaya lampu islam...

sebab proses pembesaran dan perkembangan plants ini, cukup lama dan kita tidak akan pernah tahu bila ia akan mampu berdiri sendiri menguruskan proses tubuhnya tanpa perlu disuruh...setelah tumbuh-tumbuhan ini faham jalan untuk photosynthesisnya etc,,,,

itulah yang selalu bermain di jiwa ini sepanjang melalui musim internship tissue culture dahulu....membesarlah tumbuh-tumbuhanku, biar jadi individu muslim yang mantap...

umat ini sedang dipandang hina...dek kelalaian dan kecuaian kita juga..ayuh! pemuda yang berjiwa militan! bersama kita bangkit! bersihkan jiwa, bekalkan diri dengan segala ilmu dan fikrah islam yang syumul! jiwa yang muda ini, jangan disia-siakan..biar kelak kita tersenyum kerana mengenangkan masa muda yang sibuk mengejar syahid di jalan Allah..bukan masa muda yang ligat mengejar dunia yang fatamorgana :)

jom muhasabah iman,
-ikin-


No comments: