BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 1, 2012

sayang buat bakal-bakal bidadari insyaAllah

Bismillahirrahmaanirrahim...

apa khabar iman?

langsungkah baik hari ini?

langsungkah terjaga segala amal dan tingkah laku?

langsungkah anggota menzahirkan apa yg bibir ungkapkan?

langsungkah diri memanjat kesyukuran atas segala nikmat yang Dia berikan?

wallahu'alam..sesungguhnya Dia jualah yang Maha Mengetahui segala isi hati...

mashaAllah...sungguh terasa sesuatu kecukupan dari Allah...suatu kecukupan yang Dia sahaja mampu memberi..

kecukupan yang aku kira tiada siapa mampu memberinya  melainkan Dia yang Maha Memberi...AllahuAllah...kini, baru aku merasakan, suatu perasaan sayang yang sukar utk diungkapkan, tapi cukup dimaknai dalam jiwa,,,,

perasaan sayangnya seorang ukht pada ukhtinya kerana Allah, perasaann chenta seorang murabbi pada mutarabbinya juga kerana Allah...

terlalu dalam aku kira perasaan itu, tapi hanya Dia yang mampu mengukurnya...wallahu'alam...mungkin jari-jemari mudah manaip bait cinta...namun hati? Allah juga yang tahu kan?

hampir 9 bulan telah berlalu tempoh tarbiyah (didikan) buat adik2 mutarabbi ini...

makin lama makin sayang pula pada mereka...walau kadang terguris dek permainan ala manja, namun hati masih sayang, masih belum serik utk mendekati dan mengenal mereka, sebab aku yakin bahawa mereka adalah amanah dari Allah..ah! tacing.. :'(

dapat atau tidak segala yang disampaikan, itu kerja Allah...

insyaAllah Dia yang memegang hati kan? walau hati kadang bimbang melihat tingkah laku anakanada2 ini, lalu pelbagai cara diusahakan untuk mengobati penyakit2 mereka, aku sedar sesuatu yang cukup penting..yakni Allahlah yang memegang hati2 ini..aku tidak mampu walau sekelip mata memberi hidayah mahupun fikrah yang melahirkan perbuatan...biarlah hati-hati ini kuserahkan padaNya...biar Dia yang menjaganya..

tugas murabbi itu tidak mudah...tugas membina rijal dakwah itu sukar...namun kita yakin kan? Allah yang memberi segalanya...

Allah yang telah tetapkan segalanya...

kalau Allah telah memilih kita, tiada lagi yang dapat kita elakkan bukan? saat bertemu dengan para mutarabbi lalu berkenalan dan bermuayasyah bersama, ada satu perasaan yang sukar terluah..ah! biar Allah yang tahu...

kadang-kadang, terfikir juga hati ini, bahawa tarbiyah yang dikongsi pada mutarabbi pada hari ini mungkin tidak menampakkan kesan dalam masa terdekat ini, mungkin setelah 2, 3 tahun, mungkin juga 10 tahun selepas itu...barulah tarbiyah itu terkesan buat jiwa mutarabbi...

ah! mungkin aku yang kurang bersabar...mahu melihat segala kebaikan terzahir dalam diri mereka...tidak mengapa...membesarlah duhai anakanda2, biar jadi wanita solehah insyaAllah...

selagi masih ada nyawa di jasad, akanku doakan buatmu, biiznillah, Allahlah yang memilih...

buat anakanda2, ketahuilah, hati ini cukup sayang pada anakanda...insyaAllah chenta dan kaseh ini kerana Allah...andai Allah sudah tiada erti bagimu, maka bercerailah juga hati kita...

buat seluruh anakanda, bakal mar'atul jannah, moga tsabat (cekal) dalam tarbiyah, moga sabar menerima rawatan hati, yakni mendalami segala didikan yang Allah berikan...bergantung haraplah hanya padaNya, sebab antunna cukup istimewa di mata Allah andai kita org2 beriman...

buat bakal murabbi, moga-moga Allah memberi kekuatan pada diri kita untuk terus dalma jalan ini...aku yakin, tiap murabbi, ada harapan tersendiri buat anakanda masing-masing...persis harapan seorg ibu pada anaknya, persis ayah pada anaknya,,,,

wallahu'alam.

ikin,
yg menanti syahidNya insyaAllah.

No comments: