BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 25, 2012

i'm a working woman :)

salam alaik,

apa khabar ruh jiwamu? kalau aku, masih dalam kondisi mengadaptasi..
masih dalam cobaan untuk memperbaiki...

ruh diri ini kini cukup membutuhkan satu kuasa keimanan yang jitu untuk bergerak, umpama motor basikal yang bergerak laju demi menampakkan sinar cahaya lampu basikalnya..tanpa kayuhan yang laju dan bersemangat itu, masakan lampu basikal itu mampu bernyala?
tanpa keimanan yang kukuh itu, masakan kaki mahu menurut perintah hatinya?

satu kuasa keimanan itu memang tidak lain tidak bukan adalah dari Allah..satu kekuatan yg memang tidak akan mampu terbias pada perbuatan tanpa keimanan tersebut...

saat diri terhimpit oleh situasi masa dalam bekerja, dalam mengadaptasi suasana dan iman yg berbolak-balik ini, hanya Allah sahaja yang tahu....jiwa berperang...jiwa baik dan jiwa kotor...sama-sama memegang senjata ..ah! giat betul jiwa ini!

tanggal 25 Jun, aku dan 4 org rakan dari pelbagai universiti telah terpilih untuk membuat latihan induustri di SIME DARBY...alhamdulillah...satu kurniaan yang cukup besar aku rasa..mana tidaknya, kehendak dan cita-cita diri tercapai..AllahuAllah...hari ini, barulah aku terfikir, barulah terlintas di jiwa ini...
bahawasanya, terlalu banyak impian dan cita-cita diri yang Allah telah berikan...

mahu jadi saintis lagaknya ketika kecil, Allah dah bagi rasa berlatihan industri sebagai 'pembantu saintis' (erks~ walaupun saintis tu x botak as cartoonss) :P tapi, still, Allah bagi juga...nk dapat intern? dapat dah..2 lagi Allah bagi...oh...u nk apa lagi? :'(

berkenalan dengan rakan2 di tempat kerja..mashaAllah..Allah memg nk bagi tarbiyahNya di situ...rakan bekerja bukan sefikrah bukan sst yang mudah...ambil masa untuk adapt..bukan untuk menenggelamkan diri bersama, namun adalah untuk menyesuaikan diri untuk mengadaptasikan diri agar sama-sama mampu berjalan walau ada tangan yang membengkok..ah! anda pasti tidak memahami kata-kata ku...

tambahan pula, bila pulang kerja lewat, lalu berusrah di alam maya, pendengaran kurang jelas, kata-kata kurang difahami...dan suasana usrah yang benar-benar tidak kondusif...serta mutarabbi yang beberapa ketul, sungguh aku bimbang pada yang lain...ttg kondisi mereka....pelbagai perkara bermain di benakku...biarlah Allah yang tahu...

lalu, aku terfikir...bagaimana rasanya murabbiahku dahulu, saat aku belum berinternet di rumah..UO aku memang tiada...kalau ada jarang sekali...maklumlah..internet belum ada, bahkan diri juga masih dalam proses untuk memahami jalan tarbiyah yang belum bercampur dengan dakwah..uskab pula, 1 kali sebulan...itupun mujur ada kakak yg available...

mashaAllah! banyak rasanya nk share pengalaman2 bekerja di kampus dan R&D center Sime Darby, serta ibrah yang aku perolehi daripada tissue culture yang aku kira mereka adalah ibarat mutarabbi!

insyaAllah, akan cuba untuk berkongsi...moga Allah izinkan :)

lailahailla antasubhanaka inni kuntu minadzzoolimin.

wallahua'alam.




2 comments:

Ruqaiyah Ghazi said...

Dah macam orang Indon berbicara dah. Kuikuikui.
Eh, saya adalah satu ketul antara ketul ketul itu. Haha.

Qurratua'yun said...

eheh :P adik notty~~ nih akibat terlalu banyak membaca buku indoneshia ;)

enti ketul yang cmane? :P have a nice holidays! :D