BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 8, 2012

bekerjalah kamu....

Bismillahirrahmaanirrahim...

Sudah hampir satu minggu menetap di rumah sewa berdekatan kampus...
Sudah hampir seminggu meninggalkan rutin menaiki bas tts ke kampus yang biasa aku naiki...
Sudah hampir seminggu juga rumah sewa kami di masuki orang...
Terlalu banyak tarbiyah rasanya...mungkin Allah mahu membersihkan hati yang kotor ini,
mungkin Allah mahu mengampunkan dosa dan nodaku yang lalu...

Alhamdulillah thumma alhamdulillah...
kalaulah difikirkan semula,
sungguh aku benar-benar terkejut minggu ini,...

Masakan tidak?
Usai sahaja peperiksaan terakhir, mahu bergegas bersiap untuk daurah adinda,
Seperti biasa, bas itulah yang akn dinaiki...cukup tidak menyangka bakal disapa oleh inche pemandu bus yang mahukan nombor telefon...sangkaku, mungkin diperlukan untuk mengetahui aku ini ada atau tidak untuk menaiki bus...maklumlah waktu cuti...rupanya tidak...
Ah! hati mula rasa tidak ternteram...takut...masakan tidak?
tiap pagi, pergi dan pulang pasti bertemu inche pemandu itu...AllahuAllah...
terasa cukup letih, pulang dengan rasa takut, bimbang dan cemas....
Mujur, Allah kan ada? itulah yang membuatkan diri ini tenang kembali...
memikirkan tiada kuasa yang lebih berhak melainkan Dia...
Aku? hanya mampu bertawakkal....mak yang di rumah pula, tidak habis-habis menelefon...
bimbangkan anaknya ini mungkin... :'(

Beberapa hari yang berikutnya pula, rumah sewa dimasuki orang...uhukkss..
sedih juga tatkala tabung 'ayam' yang disimpan buat impian untuk membeli buku idaman itu telah diambil...
menangis air mata darah juga tidak berguna kan?
xpelah, rezeki inche pencuri agaknya...adalah Allah nak bagi rezeki lain tuh...

Tarbiyah diri ini tidak berhenti di situ....minggu ini, jasadku mula terlibat dalam praktikal...
ya, ada dua praktikal yang perlu aku penuhi..di kampus juga di serdang bakalannya insyaAllah...
Sungguh diri ini tidak menyangka bahawa tissue culture yang mnjadi pojaan hati itu rupanya adalah sesuatu yang cukup melecehkan...
cukup menuntut kesabaran dan ketinggian azam dari diri ini...
Ah! mampukah aku bersabar? tambahan pula, aku diperlukan di makmal itu pada hari Sabtu!
bahkan hari minggulah segala program akan terlaksana...
AllahuAllah...

Pulang ke rumah, jasad mula longlai...mata mula berniat untuk curi tulang....tidur awal tanpa makan malam,
beg kerja juga x terkemas lagi...esok pagi lah baru mengemas...
ah! ini rupanya rasa orang bekerja...bagaimanalah aku tatkala sudah bekerja kelak?
kagum rasanya melihat akhawat yang qowiy....manakan tidak?
usai bekerja, masih ada tanggungjawab yang perlu digalas...
masih ada anak mutarabbi untuk dibina, yang tinggalnya berkilometer jauh itu, semata-mata kerana kesedaran syahadah itu...
mashaAllah! cukuplah sampai di sini...besok masih ada hari untuk menyiapkan tissue culture..
Allah, permudahkanlah urusanku....
hati mahu menulis lagiii..tapi letih sungguh....minta diri dahuluuu ;)

"Bekerjalah kamu , maka Allah akan melihat pekerjaanmu" (at-taubah:105)

wallahu'alam.

ikin,
recently was struggling in tissue culture ;)

5 comments:

Anonymous said...

ya Allah, ekin, sampai mcm tu sekali dugaan?
sabar bnyk2. and creepyy nya driver bus!
ekin intern kat notts ke? under sape?
-mina

Qurratua'yun said...

:) xpe..insyaAllah moga dosa2 terhapus ;)

kin praktikal kat notts sebulan insyaAllah n smbung kat serdang smpi bln 9...under dr winnie...
mina intern katne?

Qurratua'yun said...

:) xpe..insyaAllah moga dosa2 terhapus ;)

kin praktikal kat notts sebulan insyaAllah n smbung kat serdang smpi bln 9...under dr winnie...
mina intern katne?

Pa'tam said...

Adeh sampai macam tu sekali dugaan. Aku yang 3 hari je buat medium dengan tissue culture pun dah rasa macam nak gila pasal bosan. Ko pulak berbulan bulan. Goodluck! =)

Qurratua'yun said...

eheh sufian, lama plak x nmpak blog ko? tissu culture yg intern skrg ni skejap je..3 weeks je kat kmpus..yg kat serdang tu bukan tissue culture...btw, gud luck kt korg yg ambil TC! :)