BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 10, 2012

menjiwai tarbiyah dlm diri

Bismillahirrahmaanirrahim...

Alhamdulillah, alhamdulillah...masih bernyawa hari ini..
masih ada nyawa untuk bertaubat, menyesali detik-detik lampau yang dihabiskan bukan atas niat kerana Allah...

Alhamdulillah, satu paper sudah selesai, tinggal lagi tiga paper yang bakal menanti..
Hari-hari yang dilalui sejak kebelakangan ini cukup mencetus tarbiyah buat diri..terlalu banyak rasanya perkara yang diri ini perlu belajar...belajar dan mentelaah tiap detik yang digunakan...

"hehs~~ x habis-habis sentuh pasal tarbiyah! basi tahu!!"

baiklah..kalau tidak sentuh tentang tarbiyah, mahu sentuh tentang apa ye? tentang luahan rasa hati sekadar cuma? tanpa ada sesuatu untuk diambil iktibar? tanpa ada sesuatu yang patut dipelajari?

tidak bosankah hidup yang berpaksikan hanya untuk DIRI SENDIRI? tidak BASIkah duniamu?
saban hari hanya memikirkan soal kehidupan dunia sendiri, kemalasan diri, dan kesusahan diri...walhal umat hari ini menangis, menanti kedatanganmu!

ah! hati apabila menyimpan ilmu di dada tanpa ada kebasahan di jiwa beginilah jadinya...walaupun sudah berosrah bertahun-tahun lamanya, namun sebutir zarah pun tiada perubahan?

"ah! aku perlukan masa! kau sibuk apa? kubur kita lain-lain ok?"

 "hehs~ berapa banyak lagi masa yang kau nak heh? kalau 10 minit lagi malaikat maut datang, kau nk jawab apa?" geDDebbUssHh! ameekaaww!

tamparan yang cukup hebat! mashaAllah! rupanya Allah datangkan dia pada diri untuk menyedarkan aku yang jauh tersasar ini..

"erkss...tapi rasanya aku xla jauh sangat tersasar...sikit je tersasar..."

"masih lagi islam kot aku nih....masih lagi berjilbab dan berkurung manis...cuma aku kurang jaga beberapa bab je...tapi itupun sikit je...yang penting-penting aku jaga..."

"x cukup lagi ke?"

hehs~anda ingat anda sudah habis tanggungjawab kah? hey! kita ada DUA tujuan hidup remember???

ABID dan KHALIFAH! kita mungkin abid yang soleh dan solehah, tapi khalifah kah kita? shahadah kita bagaimana? sekadar pura-pura di hadapan Allah? atau bagaimana ya?

Terlalu panjang rasanya untuk mengupas perihal tugas manusia ini..siapa aku, siapa kamu, siapa dia di mata Allah...

mungkin diri ini juga dipandang hina oleh mereka..digelak ketawakan kerana penampilan yang tidak moden, tiada fesyen atau pergaulan yang terlalu homogenity...baiklah...

cukuplah wahai diri, cukuplah wahai hati...bukankah kita ini golongan yang mendapat sentuhan tarbiyah? sentuhan tarbiyah itu bukankah sentuhan dari Allah ta'ala?

bukankah ia suatu sentuhan yang cukup memangkin dan menyantun kita ke jalan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah baik dan cemerlang dari sudut akal, jiwa dan fikrahnya?

atau adakah mungkin tarbiyah sudah tiada makna bagi kita? hanya sekadar mengisi masa kekosongan kerana mahu  mendapatkan seseorang yang 'baik kononya' atau sekadar ikut-ikutan kawan-kawan...

atau apa ya? duhai hati..berfikirlah kembali....jalan dakwah dan tarbiyah ini tidak menunggumu...gerabak dakwah makin melaju, makin bertambah bilangannya...makin bertambah juga bilangannya yang tertinggal di kejauhan...

tertinggal gerabak dakwah ataupun sengaja memilih untuk tidak berada di atas jalan ini....Allahuakbar! moga dipermudahkan jalanku ya Allah! Ayuh! dakwah ini sedang bergerak laju! hulurkan tanganmu, ayuh maju bersama!

Oppss! sebelum bertolak, sila beri tiket pada kaunter ya?

"erkss..tiket apa ukhti?"

tiket sayonara jahiliyahku...ahlan wasahlan ya ahlul jannah!

"Belum tibakah waktunya bagi org2 yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang2 yang FASIK" (al-hadid 57: 16) 

salam jumuaah! baarakAllahu fiikum! bittaufiq wannajah!

salam alaik,

-ikin-
yg menanti syahidNya insyaAllah. doakan diri ini syahid tau!




No comments: