BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 17, 2012

masa oh masa

Bismillahirrahmaanirrahim..


alhamdulillah, jiwa ini, jasad ini kini bukan di bumi semenyeh, namun di tanah tempat aku dibesarkan.


ah! terasa cukup lama tidak pulang ke pangkuan ibu..eheh? macam dah berapa tahun tidak pulang ke rumah~


baiklah...terasa seperti anak manja di situ...xpelah, yang penting bahagia..ye dak?


musim peperiksaan masih belum berakhir, masih ada dua paper untuk ditempuhi...ah! semuanya menghafal!


kalau ikutkan hati, mahu sahaja berhenti belajar..hihi..tapi mana bolleehhh!! dakwah ini memerlukan alat!


dalam zaman teknologi yang cukup educaatedd, ijazah dan kredibiliti itu dipandang masyarakat!

lalu, ijazah ini amat penting buat alat dakwah! ah! satu tahun sahaja lagi! habis sahaja FINAL YEAR PROJECT nanti, bertebaranlah aku...insyaAllah!

Allah! apabila terfikir zaman akan datang, teringat pula pada anak-anak usrah..ah! bikin rindu nanti!

"ta ya pa wau lah akak nih...kalau rndu msti contact n mcg kami...nih x ada pun?"

"mentang-mentang dah dapat adik baru~" gedeBbussHh~

AllahuAllah...benarlah kata-kata pak cik HAB (Hassan Al-Banna)...

" Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada"

saban hari, teringta pada sahabat karib di sekolah, mahu sahaja diDF dan menginject fikrah islam syumul ini,

namun, entah bila hasrat ini bakal tercapai....terasa masa ini cukup menghimpit, cukup 'sibuk' kononnya lah kot...tiap minggu 'hilang' dari rumah,,,

pulang dari program, semua housemate tiada....rupanya sedang belajar...ada juga yang tidur keletihan akibat keletihan stadi pagi tadinya, mungkin~

ah! hati ini mula terdetik, bila pulalah aku nak menDF kawan-kawan di rumah ni pula...Allah! masa oh masa...

baik! dengan tekad yang jitu, kaki berlari-lari ke arah roomate yang sukakan miss Tiffany itu...kononnya mahu menyampaikan sesuatu dari kitabullah...

dari dahulu lagi, terasa mahu dia mndapat sesuatu daripada kitabullah itu...ya, kitab yg baru dibelinya tika keluar bersamaku hari dulu...

lalu, hati ini terdetik, mungkin dia perlukan sesuatu dariku, ah! cepat jalankan syahadahmu nuo la xie jin!

dengan keazaman yang membara, ku buka ceritanya ghulam, ku ceritakan ke oseman yang ada pada encik ghulam itu beserta dalil quran dlm surahnya al buruj...

erk...mungkin belum masuk berkaitan dakwah, hehe..lari pula dia nanti..aku hanya menceritakan bagaimana keadaanya masyarakat tika itu....Allahu Allah...cukup terkesan dengan peribadinya ghulam itu...

cukup hebat dan cukup memberi inspirasi buat jiwa ini...mashaAllah! aku benar-benar terlopong melihat ketekunannya mendengar...

keasyikannya membelek helaian kitabullah...mahu rasanya ku beritahu satu dunia ini..bahawa semua org ada hak untuk tahu apa itu islam...

namun, masa kita hanya ada 24 jam sahaja...tidak banyak...masih ada lagi tugasan lain yang perlu kita lakukan...tapi, ingatlah, jgn lupa juga pada mereka yang di luar sana...


cukuplah atas segala yang telah Dia berikan padaku, cukuplah atas segala yang telah Dia anugerahkan...

aku makin terasa malu pada Allah...berulang kali hati ini jatuh di lubang kesesatan, berkali juga Dia mengampunkan dan memberi nikmat..

tidak pernah lagi aku kehilangan hidung kerana terlupa membaca bismillah sebelum makan, tidak pernah pula lidah ini kaku tidak mampu mengunyah saat doa makan lupa dibacakan...

Allahu Allah..sungguh Engkau yang Maha Pengampun, Maha Penyayang...

Ya Rabb! tsabatkan hati ini ya Allah! moga diberi kekuatan dlm dakwah dan tarbiyah!

"jika kamu kafir (ketahuilah)  maka ingatlah, Allah tidak memerlukanmu dan Dia tidak meredhai kekafiran hamba-hambaNya" (az-zumar 39: 7)

wallahua'alam.


No comments: