BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 17, 2012

taman sorga dan seisinya~

Salaamun alaik!

Bersyukur ke hadrat Illahi kerna masih memberi peluang untuk mata ini melihat, hidung ini menghirup udara nan segar, mulut pula lancar menutur bicara...alhamdulillah thumma alhamdulillah

minggu ini sekali lagi, jalan tarbiyah ini menguji diri...menuntut sesuatu yang rasanya masih belum mampu untuk memikulnya,,, eh? ke diri ini yang melontar seribu satu alasan? ke hati in imasih mahu bermanja dalam dakwah? oh hati!

minggu ini daurah akan berjalan seperti yang disyurakan, daurah yang berhadafkan pembentukan adik-adik binaan...lalu, masulah program pun memulakan langkah menyusun program dengan halusnya...hihi

Namun, langit tidak selalu cerah bukan? saat hati gembira dengan segala penyusunanNya, tiba-tiba penyampai masih belum dapat ditemui...lebih dari lima kakak2 super saiya telah dicontact, namun hampa...

Bukan kerna mereka tidak mahu mahupun menolak ajakan ke taman sorga ini,,,tapi kerna mereka sudah punya daurah untuk diisi! menjadi penyampai pula! Allahu Allah....aku tergamam seketika...

merenung jauh ke hadapan...memikirkan bagaimana dengan daurah kami ini...

bagaimana juga aku beberapa tahun akan datang...

adakah aku seperti akhowat super saiya ini atau aku super saiya dalam menolak ajakan2 sorga itu?

ahah! dek kerna gugup untuk menjadi penyampai, bimbang iman tidak kukuh, bimbang segala bagai lah! Lalu alasan demi alasan dilemparkan untuk menepis segala ajakan sorrgaa nan indah itu.. ahah hati!

sebenarnya, tarikan tarikan dan godaan ke sorga idaman kan sangat banyak? tapi dirimulah yang galak memberi alasan tahu?... oh diri!

sesuatu yang rasanya Allah mahu menegur diri ini...mahu memberi kesedaran pada diri, siapakah yang mahu menjadi pembantu dan penolong agama Allah ini? siapakah yang mahu akan sorrrggaaa idaman manusia itu?

sampai suatu saat nanti, kitalah pula yang akan menggantikan posisi akhowat super saiya ini kan?

kalau tidak, siapa lagi? nanti adik2 mahu mendidik bakal cucu-cucu, siapa yang mahu jadi penyampai??? (bolatkan mata memandang diri ) ahah! Moga diberi kekuatan ya Rabb!

eh? ke hati itu tidak mahu? of course u must have intention to be like them! sorgaa sorgaaa...ce terliur sikit pada sorgaa...kalau xnak sorrgaa..mahu apa?

"dengan sedikit keberanian, ketakutan akan hilang" 
-satu kata2 daripada seorang senior yang membuatkan hati ini berseri-seri untuk ke wawancara bahasa arab di sekolah dahulu...terasa satu kekuatan yang cukup indah untuk dibawa ke medan pertandingan :)

mungkin, satu perkara yang dipelajari daripada pencarian ini adalah, aku belajar bahawa didikan diri sendiri itu penting...nasihatilah diri sendiri dan terimalah pandangan orang lain, insyaAllah itu tandanya hatimu masih lembut untuk dilentur, masih ada ruang putih yang suci untuk menerima kebaikan dariNya...

wallahu'alam

-ikin-
servant of Al-Bari

No comments: