BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 16, 2012

ilmu dan fikrah

Salam alaik,

Ilmu dan Fikrah...tajuk daurah baru-baru ini...sungguh, semakin kita menuntut ilmu, makin terasa kejahilan dan kebodohan diri sendiri...pelbagai lagi ilmu yg perlu untuk dipelajari...banyak lagi perubahan yang perlu aku perbuat...masih tebal lagi karat-karat hati yang perlu aku kikiskan....bukankah hati yang suci dan bersih dari kekotoran sahaja yang akan mampu menyentuh hati-hati makhluk lain? Ayuh! jom bersihkan jiwa sendiri, biar jiwa-jiwa lain tersentuh ...bukanlah untuk mengecap keduniaan ...tetapi agar hati-hati itu kembali kepada Allah Azzawajalla dan kembali kepada fitrahnya manusia...InsyaAllah

Baik, apa yang membezakan antara seseorang yang berilmu dan seseorang yang berfikrah? Sebenarnya, ilmu dan fikrah adalah sesuatu yang hampir sama dan tidak mampu untuk dipisahkan. Fikrah akan terbentuk apabila ada ilmu, dan berupaya menyusun kefahaman dalam dada bagi melahirkan fikrah. Lalu, mengapa ada yang mengatakan bahawa dengan ilmu, tidak semestinya fikrah akan menyusuli? sebab...
ilmu yang dituntut tidak basah....sebab ilmu yang dipelajari masih belum meresap dalam hati...
Hati yang kering dan basah ini mungkin boleh diumpakan seperti span yg jatuh di air dan pasir..apa yang akan berlaku? of course,  kita mahu span yang liang rongganya basah diserapi air dan bukannya span yang tiada apa-apa kesan apabila jatuh di atas pasir. eheh...fahamkah?

Baik! bagaimana yang dikatakan seseorang itu telah ada fikrah? ayuh semak diri kita...pertama...anda telah mendaftarkan diri dalm bolatan gumbira? (usrah) kalau sudah, ayuh reflect diri kita...sejauh mana bolatan gumbira yang kita join selama ni telah mampu untuk mengubah diri kita yang serba kekurangan sebelum ini, diri kita yang serba-serbi kurang ilmunya, kepada makhluk yang lebih super? Menjadi makhluk yang tatkala teringat dosa-dosanya pasti akan bercucuran kaca-kaca jernih dari matanya? mashaAllah...sungguh! fikrah itu sesuatu yang Allah beri pada mereka yang terpilih...ayuh mereflect diri kita....adakah kita tergolong dalam makhluk-makhluk yang punya fikrah ini?

Erkss...adakah anda faham fikrah itu apa? ya atau tidak?

kalau tidak, mari saya terangkan...FIKRAH adalah sesuatu yang terlahir hasil dari ilmu...

Contoh:
1. Kalau ada seorg ikhwah hampir lemas dan anda adalah satu-satunya saksi kejadian, apa tindakan anda? adakah mahu terus membiarkan ikhwah tersebut mati kelemasan atau anda akan menyelamatkan ikhwah terbabit, sedangkan anda tahu hukum-hukum antara lelaki dan perempuan ajnabi?

2. Anda tiada wang untuk membina masjid. Lalu anda membuat keputusan untuk meminjam bank loan yang menggunkan riba...adakah anda akan meneruskan niat anda dengan menggunakan duit pinjaman riba itu atau anda akan tggu sehingga duit anda mencukupi barulah anda akan membina masjid?

3. Anda baru pulang dari KTM pada jam 12:01 malam. Ada seorang uncle taxi dan seorg ikhwah berkereta di situ...manakah yang anda akan naiki untuk pulang ke rumah ? uncle india taxi itu atau ikhwah yg berkereta itu? 

Seseungguhnya, soalan2 yang inilah yang cukup untuk membuatkan aku faham apa erti fikrah yang sebenarnya...erti bahawa fikrah hanya akan terbentuk dengan ilmu...fikrah tidak akan dapat terbentuk dengan sendirinya..bahkan kitalah yang sepatutnya berusaha untuk menjadi makhluk yang bukan sahaja berilmu tapi juga punya fikrah....

secara dasarnya, org yg berfikrah akan memilih jawapan2 berdasarkan fikrahnya...kalau dalam situasi di atas, adalah dengan mengambil jalan yg kurang risikonya...contoh, dalam soalan:

1) selamatkan ikhwah tersebut, tapi dengan menjaga batas2...mungkin boleh cari kayu yg terdekat, untuk dia capai,,, hujahnya? sebab maqasid (Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu.Dalam konteks ini maqasid yang dimaksudkan ialah maqasid atau objektif yang diletakkan oleh syara' dalam mensyariatkan hukum) yang mementingkan 3 perkara ini...iaitu, nyawa, maruah dan harta....so, 3 benda ini menjadi priority dalam usaha kita untuk mencapai sesuatu matlamat (maqasid) itu...

2) tumpang ikhwah sebab waktu ketika itu malam dan berbahaya...hujah kenapa tumpang ikhwah? sebab antara ikhawah dan pak cik taxi tu, siapa yang ada fikrah? ikhwah tersebut kan? so, kat sini, nampak x kurangnya risiko untuk berlaku sesuatu musibah? Berbeza dengan pak cik taxi india tadi, yang tiada fikrah...

Tapi, kalau waktu siang hari macam mana? akak yang berkongsi ilmu tu kata, kalau dalam ketika itu, masih ada cara lain lagi,, maka pilihlah jalan lain, yang dapat mengurangkan risiko...risiko apa? risiko fitnah....erks? fahamkah?

3) pinjam loan masjid sebab....apa fungsi masjid? sebab nak kumpul orang ramai dan mudah-mudahan untuk mentarbiyah bukan? mungkin dengan x terbinanya masjid akibat ketiadaan duit dan tidak membuat pinjaman loan bank itu akan membuatkan maksiat lebih berleluasa...atau mungkin lebih darurat...so, drpd maksiat lebih darurat, maka pinjaman bank loan adalah lebih diutamakan...faham ke?

Allahu'alam...yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kekurangan diri ini sendiri...

Satu pesanan yang paling diingati oleh penulis adalah, "awak jangan risau...sebab bila sesuatu situasi itu datang pada awak, fikrah awak yang akan menjawabnya" mashaAllah! terkelu gitu...;)

p/s kalau kurang faham, bertanyalah, and dear Yu, nanti sharing2 la dengan laila...hehehe ada banyak lagi point tapi akak x tertulis....


No comments: