BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 24, 2012

ke mana kita mahu pergi sebenarnya?

salam alaik,


alhamdulillah cuti semester dah bermula...and we are done with exams and all the hectic weeks of coursework.
semester baru akan bermula 2 weeks lagi InsyaAllah...mari perbaharui AZAM! hoho

yes, tahun baru, umur baru, semester baru...lalu bagaimana dengan azammu?
Sudah barukan AZAM? atau mungkin anda semua sudah ada azam sejak 1 januari 2012 yang lalu..
erkss... kalau macam ni I la yang tertinggal...

ok...ok...hari ni princess Q mahu berkongsi sesuatu....tadaaaaaaaa...
anda pernah membaca buku tariqaat dakwah? belum? tapi berminat untuk membaca? atau mungkin jawapan anda ialah....mim alif lam sin? hoh! kalau mim alif lam sin, mari saya padamkan jawapan anda dengan sharing serba ringkas ini...get ready pliz! =P

Pertama, anda pernah mendengar tentang jalan yang sukar tapi penuh osem n bergaya?
"eheh..pernah...tapi I x faham la u"

baik! kalau anda tidak faham, mari saya bantu...hoho

Jalan yang osem dan bergaya adalah jalan menuju Illahi...macam mana jalan ni boleh jadi osem dan bergaya adalah kerana suruhan Allah itu sendiri...

apa suruhan Allah? of course my dear...practice islam in ur life n do attack attract n invite other people towards Allah...which means...DAKWAH ROUTE
jalan dakwah ini bukan mudah....osem dan kacak tapi cukup sukar dan mencabar...
bukan pendek dan senang ibarat ABC tapi panjang dan kadang melelahkan...

Namun duhai hati-hati, inilah jalan yang diredhai....kenapa? sebab kita hanya diciptakan atas dua tujuan...
beribadat padaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini...tiada jalan lain, tiada cara lain untuk kita selamatkan diri dari azabNya melainkan dengan jalan ini...jalan yang membutuhkan kita menyampaikan islam pada orang lain...family, sahabat kita, etc

"Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata : "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri" 
(Fussilat :33) 


"I dont believe u princess Q"

baiklah...anda tidak percaya? terserahlah~ bukankah kita mengucap dua kalimah syahadah? bersaksi bahawa "Tiada Tuhan yang wajib disembah dan rasulullah adalah pesuruh Allah" kita menjadi saksi buat rasulullah...kita bersaksi bahawa rasulullah telah menjalankan tugasannya....tapi bagaimana dengan kita? siapa akan jadi saksi kita?

tugas para rasul dan nabi itu hanya menyampaikan...tapi hidayah itu Allah yang kurniakan...tidakkah kita mengambil pengajaran daripada kisah nabi nuh yang hidup 950 tahun tetapi hanya sekelompok kecil yang mengikutinya....sungguh Allah tidak memandang pada resultnya, bahkan usaha kita!

mahukah kita tergolong dalam makhluk yang terTAPIS dek kerana keengganan kita menyampaikan risalahNya? ok fine....mungkin perkataan dakwah itu menakutkan...tapi tetap tugas menyampaikan islam serta mengajak orang lain kembali kepada Allah itu adalah WAJIB bagi setiap umat islam yang FAHAM seperti mana dalam rukun bai'ah ikhwanul muslimin yang pertama..iaitu FAHAM....faham apa? faham tentang bahawa islam itu sifatnya syumul....cukup lengkap dan menepati fitrah manusia itu sendiri...

"ok fine....I believe u now, then what should i do?"

baiklah...anda faham sekarang? tugas yang kita lakukan hari ini sungguh sukar dan berduri...perjalanan ini membutuhkan kita berkorban bukan hanya pada suatu hal tetapi berbilang hal...dari segi fizikalnya mahupun rohaninya...ahah, ini bukan mudah...mengorbankan sesuatu yang menjadi kecintaan kita...sesuatu yang menjadi keseronokan kita...bahkan hati juga pastinya cukup berat untuk melepaskan sahabat-sahabat yang telah lama menetap dan hidup subur di hati selama ini....PAHIT tahu?

Tapi percayalah...Allah telah tetapkan balasan buat mereka yang bersusah-payah menyampaikan risalahNya...bersusah payah menahan segala yang menjadi kecintaan manusia...yes, itulah namanya MUJAHADAH....meninggalkan family dan sahabat buat beberapa ketika kerana program tarbiyah...meninggalkan sahabat2 buat beberapa hari kerana mabit (malam bina iman)....semuanya kerana satu tujuan..iaitu untuk MENDIDIK diri sendiri bahkan sebagai PROSES TARBIYAH untuk menambahkan tsaqafah (ilmu) kita dan mendidik kita menjadi dai'e yang lebih baik dari masa ke semasa...insyaAllah

Andai sekecil-kecil perkara ini pun kita masih lagi tidak mampu untuk tinggalkan, masih lagi ragu-ragu untuk berkorban..maka kitalah yang akan tergolong dalam golongan yang tertapis itu...setelah Allah memberikan hidayahNya, kita pula seolah-olah bermain tarik-tali dengan Yang Khaliq...apabila ada program, masih lagi berbelah bagi antara tarbiyah dan dunia kita...sedangkan ketika Allah memilih kita untuk menjadi penyambung risalah rasulullah, Dia tidak pernah meletakkan apa-apa syarat mahupun kriteria  untuk melimpahkan hidayahNya pada kita...mari kita muhasabah, berfikir kembali kenapa kita yang dilimpahkan kefahaman agama ini? mengapa kita dan bukan dia yang lain?mari berfikir kembali...ke mana kita mahu pergi sebenarnya...

Allahu'alam

"membangunkan insan adalah lebih penting dan susah daripada membangunkan kilang-kilang"
(Mustafa Masyhur, Jalan Dakwah)

Duhai hati-hati, mari berpegangan tangan, kita sama-sama membantu mengejutkan sahabat-sahabat yang sedang tidur dalam api kebakaran itu...enaknya mereka tidur, asyiknya mereka pada asap-asap yang kononnya memberi keselesaan...ayuhlah,  kejutkanlah mereka, kasihanilah mereka...jangan biarkan mereka terbakar dek keengganan itu.....andai lelah atas jalan ini, berehatlah seketika tapi jangan melampaui batas...hidupnya kita di dunia ini bukan untuk bersenang-senang, tetapi untuk bersusah payah demi kesenangan kehidupan hakiki kelak...
umat islam sedang nazak, banyak lagi kerja kita...ayuhlah, masa rehat kita telah berlalu...sama-sama kita berkorban, sama-sama kita menyusun dakwah kita...mari mengubah diri sndiri dan orang lain serta bersama kita mengejar redha Illahi ;)

No comments: