BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 8, 2011

Hamasah mereka cukup untuk mengalirkan darah para dai'e...InsyaAllah

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah, pada minggu lepas, penulis dan beberapa sahabt mengikuti satu program di Serdang...
program yang bertajuk:

Revolusi di Syria
penyampai: pembantu khas Yusuf al-Qardhawi

Siapa tahu tentang Syria? Andai soalan ini ditanyakan pada diri ini sebelum saat ini tiba. pasti makhluk yg menulis ini ternganga...bukan menanti lalat..tapi mengenangkan ceteknya pengetahuan diri...bahkan kurangnya pengetahuan am..
Ya Allah, sungguh aku bersyukur atas peluang itu...
walaupun dalam minggu yang penuh dengan coursework etc, tp alhamdulillah masih ada ruang untuk Allah berikan tarbiyahNya...

Benarlah, tarbiyah Allah datang dalam pelbagai bentuk, masa dan keadaan...

khalas~ (habis; lughatul arabiah)

antara ilmu yang terlekat di dinding cik otak ialah..

Syria adlah negara republik, dan ia pernah dijajah oleh perancis dan merdeka pada 1945. Kemudian, Syria telah diperintah oleh Hafiz al-asad, yang kini disambung pemerintahannya oleh anaknya Basyar al-asad. Apabila diteliti, tampuk pemerintahan mereka ini adalah bersifat keturunan. Pemimpin2 ini berpegang pada pegangan syiah sesat yang mana mereka tidak membayar zakat, tidak menjalankan hukum Islam, membunuh wanita dan kanak2 dan pelbagai lagi.

4% daripada mereka sahaja yang berpegang kepada syiah ini. Tapi 4% inilah yang memegang tampuk pemerintahan. Setelah lama bersabar dengan pemerintahan kejam ini, akhirnya rakyat bangkit mempertahankan hak mereka. 

Revolusi bermula apabila sekumpulan 20 org pelajar sekolah rendah menulis di dinding bahawa
"Rakyat akan menjatuhkan rejim"

akibatnya....

mereka telah ditangkap dan diseksa. Kejam bukan? Tapi tahu x seksaan yang bagaimana ?
Mereka dicabut kuku kaki dan tangan oleh rejim! Allahu Allah...terasa sakitnya di sini....Lalu, ibu bapa kanak2 tersebut memohon pihak rejim untuk membebaskan anak2 mereka. 
Apa yang dibalas oleh pihak rejim?
Mereka menyuruh ibu bapa anak2 ini agar melupakan sahaja anak mereka, dan anggap  sahaja mereka tidak pernah ada anak. Kalau tidak mahu melupakan anak2 mereka dan still mahu anak, mereka (rejim) sudi untuk berkahwin dengan isteri2 mereka (ibu kanak2 yg ditangkap) dan hasilkan anak2 baru. Allah....
Sungguh dahsyat hati para kuffar...adoyh...I was speechless...tidak sangka....

Tidak cukup dengan itu, penulis menonton satu video berkaitan seorang rakyat Syria yang menentang rejim telah dipaksa untuk mengucap syahadah yg bersyahadahkan Basyar al asad.

Kalau dahulu, penulis hanya nampak Thagut adalah Firaun yang hidup pada zaman nabi Musa sahaja...tidak sangka zaman teknologi ini pun masih ada Thagut yg sedemikian...ya, kita mungkin tahu yang Thagut kini merata-rata, tapi untuk melihat sendiri dan percaya dengan sebulat-bulatnya adalah sedikit sukar...mungkin ini adalah kelemahan penulis sendiri...menunggu bukti baru mahu percaya....

namun apa yang penting daripada revolusi ini adalah semangat para rijjal mereka...95% daripada rakyat syria menolak pemerintahan rejim, bahkan golongan rijjal yang penuh dengan hamasah (semangat) ini tampil berdemonstrasi dengan persiapan bahawa mereka mandi dan berwudhuk serta berwangian sebelum menyertainya. Terharu mendengar kata2 daripada pembantu Yusuf Qardhawi itu...

semangat yang mereka tampilkan sungguh terasa mencucuk ke dalam darah dan daging....moga hamasah ini tidak luput ya Allah....30 juta rakyat yang telah dilaporkan menyertai revolusi ini...mashaAllah hebat nya kuasa Allah bukan? Puncak Ustaziatul alam sedang menanti ...kejayaan sedang bergantungan di awan biru...
hati makin resah menunggu janjiNya, bimbang usaha kecil ini tidak membuahkan hasil...padahal Yang Khalik telah berjanji pada kita bukan?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
|At-Taubah: 111|


Allahu Allah...moga sharing ini bermanfaat...

sebelum mengakhiri post kali ni, mahu kasi sedikit info tentang pemimpin2 negara yg pernah revolusi sejak akhir2 ini. antaranya:

Mesir: Hosni Mubarak
Tunisia: Zine El Abidine Ben Ali
Yaman: Ali Abdullah Saleh
Libya: Muammaar Gaddafi
Syria: Basyar al-asad.

Allahua'lam
yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis sendiri.








No comments: