BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 20, 2011

taqwa?

 salam ramadhan! slmat mengejar 10 ramadhan terakhir! dan slamat mengejar waktu2 terluang kita dalam usaha menuju ketaqwaan...

bicara soal taqwa, jom share sst tentang apa itu TAQWA...
jom tengok kisah umar dan ubai b. ka'ab :)


“Apa itu taqwa?” tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka’ab

“Pernahkah kamu meyusuri jalan yang penuh berduri?” 
balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

“Pernah..” jawab Umar.

“Apa yang kamu lakukan?” pintas Ubai.

“Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati,” jawab Umar lagi.

“Itulah taqwa..” simpul Ubai bin Ka’ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang taqwa.

Allah telah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud:  

”Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

No comments: