BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 5, 2011

sekeping hati yang cantik!

salam alaik!

semakin lama kita hidup atas muka bumiNya, makin banyaklah keajaiban dan kekuasaan Allah yang dapat kita telitikan...samada menggunakan pancaindera mahupun mata hati ...

sepanjang cuti yang lama ini,  penulis  cikQ dengan hati yang sangat sayu telah m'usha ramai manusia tahu? uhuk~
meneliti dan cuba memahami tingkah laku manusia yang penuh dengan ragam!
tapi, dalam banyak2 ragam itu, masih ada hati2 yang cintakan kebaikan, masih ada hati2 yang mendambakan cinta Allah, lalu mengorbankan diri sendiri untuk menemui cintaNya! SubhanAllah!
hebatkan? hati yang sangat suci, bersih n yg penting, sangat gagah! 
setiap manusia itu ada dugaannya,,,setiap dugaan itu ada resultnya kan? tapi Allah shj yg tahu samada kita lulus atau gagal ujian tersebut...
hati dia yang sangat gagah itu sukar dicari, benarlah, Allah menguji sso hamba itu mengikut kadar imannya, andai teguh imannya, besarlah ujiannya, andai rapuh jiwanya, kecil juga dugaannya...

semakin hari mengenali hati2 tersebut, makin tersentuh dengan kehadirannya...
makin kagum dengan ketabahannya, makin kuat untuk menjadi sepertinya...

'melihat dia sahaja, mampu untuk kuatkan iman!' SubhanAllah! (quoted from ukht uskab)
melalui pergerakannya, perbuatannya, perkataanya, sudah mampu untuk menarik hati2 mendekati kebaikan...
alangkah indahnya mempunyai hati yang sedemikian! 
Tidak hairanlah pada zaman dahulu, sahabat2 baginda memeluk islam kerana kagumnya peribadi Rasulullah yang diibaratkan oleh saidatina Aisyah sbg al-quran berjalan!..

 Lagi pula, kita ini tugasnya di dunia adalah untuk beribadat padaNya dan menjadi khalifah! hati yang bagus sepertinya sudah tentu mampu untuk menarik orang lain mengikutinya ke arah kebaikan, melalui perbuatannya secara tidak langsung! SubhanAllah! mahu hati seperti itu ya Allah! biar nanti di padang mahsyar, tiada org yg dpt menyekat kita kerana tidak menyebarkan risalahNya kepada mereka...dakwah itu banyak caranya, mungkin sukar untuk berkata2 tentang islam pada rakan2 kelas yg beragama selainnya, tapi perbuatan kita juga boleh menjadi dakwah!

'akk, dorg yg non-muslim pun bleh dakwa kita ke masa akhirat nanti? kalau kita x sebarkan agamaNya?"

"aah, boleh"

"erkss??!!" mujur perlakuan juga adlh dakwah! huwaa~

SubhanAllah! best! tp bimbang juga perbuatan itu menjadi fitnah pada agama kita...
kalau baik perangainya, baik jugalah impression mereka, 
kalau buruk perangainya, busuk jugalah impressionnya...

'tidak ada paksaan dalam (menganut) agama (Islam), ssghnya telah jelas perbezaan antara jalan yg benar dan sesat." (al-baqarah 2: 256)

begini atau bagaimana?~

menyusuri jalan2 duniawi dengan segalanya untuk dakwah, insyaAllah...mari tajdid niat!

Bisikan nurani~
terlalu lama memberatkan badan di rumah membuatkan cikQ sgt bosan lalu terpkir utk lari dari rumah utk beberapa jam setiap hari~ muahaha...
minta kerja pun, susah juga...kebanyakan majikan mahu kerja lama...alahai..bukan rezeki la tuh...
terasa nak kerja tadika pun ada, tapi mana ada tadika yang mahu pekerja sementara~
mahu jadi pendidik pula, tiada jawatan kosong dibuka untuk GSTT-guru sandaran tidak terlatih...
huwaa~ jadi, duduklah di rumah, menjadi bibik sementara sambil memenuhi ruang masa dgn novel2 
karya Abdul Latip Talib...
alahai...xpe2, bersabar untuk menanti kerja...huwaa~ penantian satu penyeksaan...
jomla, cari kepingan2 hati cntik untuk dicontohi...
 with love, 
Qurratua'yun







No comments: