BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 15, 2011

Apa ertinya menjadi akhawat

Asssalamua'laikum...

selepas berjam-jam membelek laptop, membaca artikel2 di blog2 yg best, penulis ingin berkongsi artikel tentang akhawat...
Alhamdulillah, sepanjang cuti kali ini, masa-masa penulis dapat diisikan dengan makanan rohani daripada akhwat dalam usrah kabilah (uskab).
Hampir 2 minggu bermulanya cuti bulan lalu, barulah uskab kami berjalan...
seminggu awal bermulanya cuti semester, terasa iman agak kukuh, tapi, masuk sahaja minggu kedua, mashaAllah! tunggang langgang, alhamdulillah, pertemuan dengan seorang ukht dari taman universiti hari itu membawa sesuatu...

ukht: macam mana iman sepanjang cuti nih?

kami: alhamdulillah, tapi makin slow..huhu..mungkin sebab xdak usrah~ duk rumah pula sorang2...kalau ada akhawat tuh boleh la jugak topupkan iman nih..

ukht: haa...ini mesti kes rukun iman ke-7

kami: eheh? rukun iman ke-7? (isyy, ntah2 akk nih sesat!) hoh! (peluh, rasa nk lari dari usrah sesat~)

ukht: betol x?

kami: apa yg betul kak? mana ada rukun iman ke-7?

ukht: (senyum2) haa...rukun iman ke-7 nih, percaya pada akhawat...adik2 percaya yang kalau tiada usrah, maka slow la iman, kalau tiada akhawat maka ibadah pun terganggu...itulah rukun iman tambahan yang adik2 x sedar...

kami: a'ah...(tarik nafas lega sebab ini bukan usrah sesat~)

futurkah kita??? jom cek diri...



Reflek semula diri kita kenapa kita berada di jalan ini, jalan dakwah dan tarbiyah(DNT)..

-adakah sebab kita mahu sekadar mengisi masa lapang kita dengan ilmu2 Islam?
-adakah sebab kita mahu akhawat2 lain mencurahkan kasih sayang dan memberi perhatian kepada  kita?
-adakah sebab dengan bersamanya kita dengan akhawat, kita mahu hati kita sentiasa terasa best dan bahagia??
-adakah sebab kita rasakan, jika kita ada akhawat, kita dapat bantuan di mana2 sahaja kita berada??
-adakah sebab dengan kita masuk dakwah ni, kita mengharap kita naik ke tahap seterusnya dengan zahir yang telah kita elokkan tanpa kita membaiki amalan hati kita??


Dan banyak lagi sebab-sebab kenapa manusia di jalan ini..
Dan satu persoalan yang mahu saya persoalkan lagi;
Adakah dengan pergi ke program itu, pergi daurah itu, dan segala macam program dapat, itu bermaksud kita adalah lebih baik dari akhawat yang tidak dijemput ke program tersebut?? Ataupun, bila kita tidak dijemput ke sesuatu program oleh murabbi kita, itu bermaksud, kita lebih teruk dari akhawat yang di jemput ke program tersebut??
Manusia mengukur sesuatu perkara dengan zahir,perasaan dan sangkaan semata..
Jarang kita bersangka baik dengan akhawat kan??
Siapa di antara kita, bila melihat akhawat keluar dari rumah untuk menghadiri sesuatu program, sedang kita tidak diajak oleh murabbi kita ke program tersebut akan bersangka baik dan berkata:
” saya doakan akhawat ni semoga urusannya dimudahkan, kerana saya yakin dia keluar dari rumah ini, dia tidak akan melakukan perkara yang sia – sia, malah di masa ini, pada posisi dia… dia lebih diperlukan oleh ummah kita di masa ini.”
Teringat kata – kata seorang akhawat rusia..

” Buat apalah kalau kita naik tahap dalam tarbiyah ini, kalau dalam hati kita ada perasaan riak dan perasaan ujub??, buat dosa lagi adalah… murabbi lebih tahu apa yang kita perlu, yang penting kita thiqah pada murabbi kita, murabbi kita buat sesuatu untuk kita sebab dia mahu beri kebaikan pada kita”


dan yang paling penting, husnu dzon kita pada Allah.. =)..Dan thiqah kita kepada murabbi tentunya disandarkan kepada yang uatama iaitu Allah dan RasulNya.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”(3:103).

Bisikan nurani:

bukanlah mudah menjadi akhawat, kerana bnyaknya demand masyarakat pada kita...bahkan, masyarakat akan lebih menuding jari pada kita, apabila kesalahan2 kita terzahir...seolah-olah akhawat adlah malaikat, seolah-olah akhawat tidak pernah jatuh ke lubang dosa..benarlah, 
kefahaman manusia berbeza-beza...kitalah yang perlu membantu mereka untuk memahami semua ini sebab kita mengetahui dan mereka belum mengetahui...mahukah kita ditarik kembali kefahaman yang telah Allah berikan pada kita dek kelalaian kita dalam menyampaikan?
wallahua'alam

source: muharikah

No comments: