BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 27, 2011

syahadah gadis ateis-novel

Salam alaik!

internet b/b di rumah memang kuat merajuk~ so, penulis sdg berada di bawah langit skulah, menumpang untuk online sekejap..aigOo~
tinggal sorang di rumah, dengan internet yang merajuk, memang annoying...sabo jela,,,
actually nk share something,,,setelah hampir sebulan cuti nih, xkan kosong je kan? walaupun banyak je masa terbuang, tapi ada sesuatu yang rasa x lengkap...iaitu untuk memberi...hoyeaHh!
jom baca novel keluaran PTS, tajuk

SYAHADAH GADIS ATEIS

SubhanAllah! penulis sangat kagum apabila membaca hujah2 yang diberikan oleh penulis dalam novel da bomb ni mengenai soalan2 hot berkaitan islam, berkaitan hak persamaan antara lelaki dan perempuan dalam islam n etc. ok jom kupas skit...

Basically, novel ni berkisar tentang seorang gadis Muslim yang kurang didikan agamanya, lalu dia menjadi seorang ateis...mashaAllah! at first baca, memang takut sedikit sebab kurang percaya...mungkin ramai di antara kita yang kurang memahami islam walaupun mereka beragama islam, tapi tidak pula terfikir bahawa ada juga yang berpegang pada ajaran ateis walaupun pada keturunannya beliau adalah muslim..

KENAPA SAYA TIDAK NAMPAK ALLAH?

sebab manusia tidak melihat alam ciptaanNya dengan mata hati...alhamdulillah, kita diberi cahaya untuk melihat segala yang diberikanNya, tetapi itu adalah secara lahiriahnya...dalam novel ni, penulis tersebut mengaitkan fakta tentang sebuah pasu bunga...
pasu bunga yang kita lihat di merata-rata jalan itu secara fizikalnya adalah statik bukan?
tetapi bagi manusia yang panjang akalnya, jawapan yang diberikan pastinya tidak! pasu itu sebenarnya bergerak! berdasarkan fakta bahawa
Bumi bergerak pada kelajuan 30 km sesaat...tapi adakah kita merasainya? tidak bukan? itulah bezanya, antara pandangan mata kasar dan pandangan mata hati...subhanAllah! best kn?

MENGAPA ALLAH? BUKAN TUHAN LAIN?


ahah, takut bila membaca novel nih...yela, banyak betul soalan2 hot yang kita sebagai muslim mungkin tidak terfikir untuk bertanya soalan yang sedemikian, mungkin kerana takut terpesong akidah, dan mungkin juga sebab kita kurang ilmu untuk memberikan hujah yang terbaik untuk soalan sedemikian. Hujah penulis novel tersebut, adlah dengan merujuk pada ayat kursi dan surah al-ikhlas,
yang mana Allah memberitahu bahawa Dialah tuhan Yang Maha Esa,, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

KENAPA SETIAP DOA SAYA TIDAK DIMAKBULKAN?

hujah penulis tersebut sangat menyentuh hati...sebab, beliau memberi kesedaran pada kita bahawa kita ini hidup di bumi, bukan di syurga yang semuanya telah tersedia...mungkin doa kita tidak dimakbulkan di dunia, tapi di akhirat kelak..insyaAllah...lagi pula, kita ini tarafnya di dunia bukanlah tuhan, bukanlah malaikat, bukan juga bidadari mahupun bidadara yang dapt segalanya...kita adalah HAMBA !! Allah! rasa macam penampar betol ayat2 penulis tuh...hihi tapi elok pun~ biar kita sedar

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERIBADAT SEPANJANG MASA? ADAKAH DUDUK DI MASJID DAN BERSOLAT SERTA BERZIKIR SEPANJANG HARI?


ouch! soalan best kan? memang kita beribadat sepanjang waktu as a muslim, tp bukanlah itu caranya, kita bukan malaikat yang tiada nafsu, tiada tanggungjawab seperti manusia yang mesti menjadi khalifah! malaikat ada akal, tapi tiada nafsu, kita yang manusia ni, ada akal dan nafsu, ada masa mahu makan, tidur, rehat, berkeluarga dan lain2...dengan akal yang sehat inilah kita nak membentuk diri kan?
ah, cakap memang mudah, mahu menaip memang mudah, nak buatnya??
setiap pekerjaan yang dimulakan dengan bismillah juga adalah ibadah...lihatlah, betapa pemurahnya Allah!
Hal ini menunjukkan, manusia dan malaikat ada cara beribadat yang berbeza...eheh? faham k?

wallahua'alam, ada banyak lagi soalan2 best yang mungkin kita sendiri tidak terfikir utk bertanya tentangnya...tapi novel ni alhamdulillah, membantu....jazakillahikhairan kathira pada ukht fathen yang meminjamkan buku...mudah-mudahan dapat sesuatu...
salam alaik!

With love,
Qurratua'yun

2 comments:

afifah said...

Allah tu Maha Kaya kan ikin! =)

Qurratua'yun said...

subhanAllah! betul3! kita yg perlu berdoa banyak2 minta padaNya...ohoh, jom membaca! =D