BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 1, 2011

Dakwah itu Cinta- jaulah Melaka


Alhamdulillah, trip ke Melaka telah pun selesai...
Pada mulanya, ayah kurang membenarkan untuk penulis 'melancong' ke Melaka
tapi Alhamdulillah, setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya mak dan ayah membenarkan..
terima kasih mak dan ayah!!

Perjalanan dari Semenyeh ke Melaka dimulai dengan berkumpul di rumah COCO
rumah COCO adalah rumah penulis dan ukht af, adik n nad...
panjang ceritanya...tapi dipendekkan, akibat rumah kami banyak lipas, lalu naQibah yang selalu tidur di rumah kami memberikan nama COCO sempena nama cockroach...hehe
ingatkan nak beri nama rumah 'Aisyah Humaira' tapi rumah COCO juga yang melekat..xpelah, 
bak kata ukht athirah, nama rumah tidak penting, tapi apa yang penduduk rumah buat yang penting...

Ada banyak ibrah yang dapat diambil daripada jaulah ni...apabila difikir-fikirkan semula, sebenarnya penulis memang tidak menyangka untuk menyertai trip ni, 
bukanlah tidak berhajat tetapi kebenaran ibu bapa yang difikirkan, tambahan pula, hari2 exam yang terasa lama itu membuatkan penulis homesick dan berhajat untuk pulang lebih awal...
Tapi Allah telah menetapkan segala-galanya bukan?

Perjalanan yang dirasakan indah itu bermula apabila kami membaca al-Ma'thurat di dalam kereta...
secara jujurnya, penulis sangat excited ^^,
sebab,,,jaulah bersama sahabat sefikrah adalah sangat berlainan daripada sahabat-sahabat lain...
Alhamdulillah, sampai di rumah ukht Ain, kami makan mee goreng beserta embun menitis!
nyum~nyum!!! pertama kali makan embun menitis ni, teruja dan sangat excited! hehe
kalau boleh, rasa nak bawa balik je...
kemudian, kami bermain aktiviti menulis harapan ketika cuti di atas origami berbentuk hati 
secara jujurnya, aktiviti ini memberikan impak besar pada diri penulis...
sebab kami disuruh menulis aktiviti yang mahu dilakukan di rumah dan apa yang mahu dielakkan...
maklumlah, duduk di rumah ni memang selesa...memang sesuai untuk memalaskan diri...bahkan juga adalah waktu yang paling  kurang iman...
tetapi, harapan-harapan yang ditulis di atas kertas itulah yang menjadikan kita lebih bertanggungjawab untuk menjalankan misi tersebut...
secara jujurnya, memang berat dan sukar, namun itulah pengorbanan yang kita perlu lakukan bukan?
Bukankah syurga itu mahal? Jadi, banyak pengorbanan yang harus dilakukan untuk mengecapi yang mahal itu...
 Jom kita kuatkan semangat, walaupun kita mungkin akan terjatuh dek kerapuhan iman, tetapi kita ada Allah, Dia jua yang beri kekuatan pada kita,, bukankah cintaNya sangat besar?

Perjalanan diteruskan ke rumah ukht Nurul...
perjalanan yang membawa maksud untuk MENGGEMOKKAN...hehe
bukanlah niat jaulah ini untuk makan atau mencari makanan best-best untuk dipublisitikan, tetapi mencari untaian ukhuwah yang mungkin masih belum utuh untuk digabungkan...lalu, 
usaha-usaha seperti inilah (jaulah) yang kita boleh lakukan untuk mengukuhkan untaian tersebut..
mee rebus Muar memang da bomb! kalau boleh nak makan lagi...tapi kena simpan space untuk pisang goreng dan buah quinin....selepas makan, aktiviti bersembang bersama makcik-makcik ukht Nurul dan ibunya di ruang beranda rumah...
hehe....seronok tau bersembang dengan mereka yang lebih berumur daripada kita...
tapi, dalam keadaan demikian, penulis mula teringat rumah di manjung...
rindu pada mak dan ayah..alahai...

Makan, chatting dan akhirnya sampi ke aktiviti membeli hadiah!! 
Penulis yang tidak tahu mahu memberi hadiah apa akhirnya membuat keeputusan untuk membeli beg!! Penulis sangat suka dengan beg, baju dan tudung...disebabkan beg adalah lebih umum dan semua orang boleh memakainya..lalu beglah yang dijadikan hadiah..hehe...
Malam yang dirancangkan untuk menjadi kemuncak aktiviti akhirnya berakhir dengan kesyahidan beberapa akhawat yang tertidur keletihan...hehe...
manakala kami yang bermata separuh musang ini meneruskan perjuangan untuk makan malam...hoho
sangat lapar!! makan di dapur rumah ukht khalisa sangat menyeronokkan...
nak tahu? sebab makan di dapur yang letaknya di tepi pantai!!! sangat asyik! ^^,
makan bersama nyanyaw dan angin laut yang menyejukkan...
alhamdulillah, malam berakhir dengan bahagia...
Penulis merasakan hari tersebut adalah hari yg masanya digunakan seoptimum yang boleh...
mana tidaknya, dalam kereta juga bermain dengan kebaikan...bukan lagha2...hehe..
terbaEeKkk!!! (gaya woodpecker) hihihi

keesokan harinya, program diteruskan dengan bertukar-tukar hadiah dan bermain-main di pantai Tanjung Bidara!! SubhanAllah best!!! 
akhawat-akhawat yang sporting memang best!! 
penulis speechless~ muahaha
tapi, yang penting, jaulah ini membuatkan penulis merasai kepentingan kuatnya ukhuwah antara kita...
bonded with aqidah terasa sangat manis dan tiada sesuatu pun yang dapat menggantikan kemanisan tersebut...

Dear all akhawat, jazakunAllahikhair!! Moga jalan-jalan kita ini berterusan hingga akhir hayat...
moga penulis berada di jalan ini hingga akhir waktu, dan moga ahli keluargaku kini dan akan datang memahaminya...amin
'dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua harta kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka sungguh Dia Maha Perkasa Maha Bijaksana'
(al-anfal 8:63)


Bisikan Nurani:
Dear all akhawat, jaulah hari itu sangat-sangat bermakna buat penulis,,,walaupun pulang lambat dan menangguhkan rasa rindu pada parents, tapi cinta ukhuwah kita lebih bermkna...cuti yang panjang ini membuatkan penulis rindu pada kalian...
cinta oh cinta...
Ya Rabb, tolong teguhkan hati ini dalam jalan dakwah
akhawat oh akhawat, saranghae ^^,
Kenangan masa indah kita sebiru hari ini...seindah hati kita walau kita kan terpisah....


sebelum bertolak ke Melaka~ dear all akhawat saranghae fillah ^^,

Makan cendol sedap!! sambil dengar fakta2 pakcik cendol..haDoih..^^,

Ini adlah remis-remis yg berjaya dikutip oleh Qurratua'yun n yaya n dik laila..hehe...
bak kata yaya, terasa macam kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg...
yela, mengais remis utk makn pagi...hehe..chumel la ^^,









2 comments:

nadiah said...

i found the nest ady and kill them.save us :)

Qurratua'yun said...

yeayy!!!alhamdulillah!! hahaha,,,nad, i just thinking to buy new ubat lipas, biar die x kuar2 dah...anyway, TQ!!!hehe