BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 27, 2011

Melabuhkan tirai tahun pertama~

Assalamualaikum...

berakhirnya semester kali ni menandakan berakhir juga tahun pertama penulis di University of Nottingham..
Plant biotechnology bukanlah suatu bidang pilihan penulis suatu ketika dahulu...tapi..
Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya..

Mengimbau masa2 foundation (asasi) dahulu sangat2 banyak pengajaran yang boleh diambil..
Saat hati mula dikotori, saat diri mula terjebak pada jahiliyah yang dahsyat...
'Mereka ' datang membawa hadiah kegemaran penulis...
datang dengan sekotak big apple yg sedap!! muahaha....apalagi!! walaupun x kenal mereka, hati terus menjerit-jerit untuk kasi masuk bilik...kih88
Rupa-rupanya, donat bukan sekadar donat biasa...
donat yang mengajak ke arah berukhuwah kerana Allah...
Donat yang lazat itu hanya pemancing untuk penulis mengikuti mereka...muahaha

apabila dikenang-kenang, terasa sangat kelakar!! kerana donat, we r together...kih88
tapi itulah perancangan Allah...bertemu dengan akhawat yang subhanAllah sangat2 fakih! sangat2 kuat dalam jalanNya...setelah 1 tahun bersama dalam 'jamming' itu, barulah penulis tahu bahawa mereka adalah akhawat IKRAM...hehe...itupun apabila ditanya oleh seorang sahabat IPTA yang selalu berkongsi cerita denganku...ingatkan akhawat ni yang datang dari merata-rata sebab mereka adalah senior nottingham!!!..erkk..maksudnya mungkin mereka saja2 datang membantu adk2 ni ...eheh boleh plak...

Alhamdulillah, tirai tahun pertama juga telah selesai...
ada lagi 1 tahun lebih untuk habiskan pengajian!! wahHh!! 
cepatnya umur nih!! masa yang ada juga sangat singkat!! jalan2 dakwah juga makin sibuk...
akhawat yang makin busy dengan daurah mereka, makin aktif dalam menjalankan misi syahid mereka...
SubhanAllah! kagum!!

Penulis berharap pada tahun ini dapat menggunakan masa yang ada dengan seoptimum mungkin..
menyemai rasa cinta pada adik2 di kktm berananang (kolej kemahiran teknologi mara) dan
bersama-sama akhawat lain mengislamkan penduduk Nottingham...
erk..bukanlah nak cakap tiada Muslim ke apa kat Nottingham...
tapi sama-sama membantu untuk membentuk individu Muslim..
WaHh!! best x dengar? sebab...lepas jadi Individu Muslim, barulah boleh terus ke peringkat seterusnya...
iaitu membentuk Baitul Muslim...(kalau sembang depan ukht nada mesti dia senyum2)
hehe...akhawat oh akhawat...

erm..nak buat semua nih
bukan mudah, dan belum tentu lagi semuanya akan mengikuti jalan ini..bahkan seringkali juga hati ini mahu lari dari jalan dakwah, tika diuji dengan dugaan-dugaanNya..
dan kita pun belum tentu akan diberi hidayah olehNya smpai akhir waktu...
tapi usaha kita yang akan dikira..biarlah kata-kata buruk mengekori, tapi
Dia tahu apa yang kita lakukan...hati oh hati, jangan kau putus asa!
Moga hati2 kita disatukan atas dasar cinta padaNya duhai akhawat sayang!
OuChh!! penulis pastinya merindui mereka kelak!
Betapa rapat pun kita dengan sahabat2 lain, tapi, sahabat2 sefikrah lah yang paling da BOMB! hehe
terbaek!! bahagia bersama mereka, dan berharap agar cinta ini tidak ditarik kembali,,,
biarlah maut yang memisahkan kita, tidak mengapa kita jauh di mata, tapi hati2 kita masih tetap anggun menyemai rasa sayang ini, dalam usaha menjadi tulang belakang kepada warga UNIM, hati perlu kukuh bersamaNya! yeaYy!!
nak jadik tulang belakang bukan mudah bukan? tapi xpe...jom sama2 kita berusaha!! yeaHH!!

Tahun pertama dah habis?
Cepat kan? Umur dah nak capai 2 dekad dah nih!
Kalau Sultan Muhammad Fateh dulu, umur 21 dah dapat tawan Constantinople bukan? lalu menewaskan Empayar Byzantine! Hebat bukan?
Kita nih umur sedemikian buat apa entahlah...hihi..masih tersenyum dan bahagia dengan donat mungkin..
dan masih elok dengan stadi 'ilmu2 hitam' nih...
eheh, jgn silap ok? ilmu hitam=ilmu duniawi
ilmu2 fardhu kifayah ni la...senang cerita...
ermm...point yang nak cakap kat sini adalah, jom kita reflect kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang umur baligh ni... berfaedahkah kita pada orang lain?

Selain itu, (terasa macam buat karangan pulak)
tahun pertama yang banyak memberi pengalaman pada penulis dan rakan-rakan..
tahun yang sebenarnya banyak mengubah diri sendiri..
Alhamdulillah, syukur sangat sebab tahun ini sudah belajar erti kedewasaan..Ouchh!
penulis yang terasa diri lebih matang daripada dahulu..
benarlah, agama itu mematangkan bukan? semakin kita tahu sesuatu, kematangan juga akan mengekori...
matang? ada banyak definisi..tapi, bagi penulis, matang adalah sesuatu yang lahir dari hati...
matang? memang tidak dapat diukur, tapi mereka yang berada berhampiran kita, yakni sahabat2 kita, mampu meniliknya...
Alhamdulillah juga, tahun pertama ini membuahkan seribu pengalaman pada penulis...
daripada jahil di dapur, kini sudah mula belajar..muahaha..
teringat waktu-waktu yang pernah membuatkan seluruh ahli rumah menangis akibat sambal yg over pedas..
hoho, asif jiddan korang! OuchH! tapi penulis belajar daripada kegagalan itu..(gaya mcm nk cover) muahaha^^,
bila dikenang zaman sekolah dahulu, tiap kali mahu turun ke dapur, mak akan cakap..
" xpe2,,,pergi belajar, biar mak yang buat"
tapi kini, apabila penulis turun dapur untuk membantu, mak akan cakap
"haa...tula...'biasa sangat turun dapur' " 
hadoih...

daripada tidak tahu, jadi tahu, daripada tidak kenal cik pas, cik nyanyaw dan cik ti mungkin, 
dan kini sudah kenal dengan mereka...terutamanya cik pas...hadoiHh...
duduk rumah sendiri ni, banyak benda nak kena settle rupanya...
terfikir pula bagaimana sabarnya mak yang penat balik kerja, sampai je rumah terus bergegas ke dapur untuk masak...Kalau ikutkan perasaan, mesti mak mengamuk tiap-tiap hari sebab banyak kerja nak buat...
Ya Allah!! May Allah bless u, all mothers!
Ada banyak benda mahu dicompile sebelum tutup tirai first year...hoho tapi..
xpelah,,,simpan dalam memori..hoho

Bisikan Nurani:
Jom sama2 kita ingatkan diri sendiri dan orang lain untuk terus kuatkan iman...
walaupun cuti lama, tidak bermakna dakwah kita tinggalkan di UNIM...
OwkeYhh!! penulis akan b'tolak ke Melaka bersama akhawat2 tercintaS besok pagi!! doakan kami ya!! 
Moga ketemu di bulan 9 wahai Notty students!!
Salam alaik!


No comments: