BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 15, 2011

usrah jom?

Assalamua'laikum!

Apa khabar iman?
Usrah sekejap jom?
Apa guna kita baca  surah al-asr pada setiap kali menutup sesuatu majlis, 
tetapi tidak faham maksud di sebaliknya betul x?

Surah al-asr dibaca setiap kali tamat majlis, untuk menyedarkan kita bahawa setiap ilmu yang kita peroleh daripada majlis itu disebarkan dan dikongsi bersama orang lain...
Bahkan, secara tidak langsung, kita sebenarnya menjalankan tugas sebagai seorang khalifah
apabila menyampaikan sesuatu ilmu kebaikan itu...
Bukankah kita hidup atas dua tujuan itu?

Hari ini, penulis ingin berkongsi tentang kepentingan ilmu...
Tajuk yang dibincangkan dalam usrah, kebelakangan ini...
Ilmu ? kenapa sangat penting?
sebab..
ILMU lah yang akan menentukan kita mendapat nikmat IMAN atau sebaliknya...
mungkin kadangkala kita tidak sedar, atau mungkin terlupa yang ilmu masih belum cukup untuk kita mengecap nikmat paling besar yang Allah kurniakan iaitu nikmat IMAN..
Tahukah kita bahawa ilmu juga akan menentukan kewujudan dan kehilangan iman itu di hati kita?
Kita boleh bersungguh-sungguh dalam belajar,
Bersungguh-sungguh dalam mencari kekayaan dunia,
Bersungguh-sungguh dalam memilih makanan jasmani,
Tapi tidak bersungguh dalam agama...
Tidak bersungguh dalam menyediakan makanan rohani...

Hidup yang bergelumang dengan jahiliyah, sememangnya tiada tekanan...
hidup yang menjadi idaman manusia2 kerdil, yang masih belum memahami apakah erti kehidupan kita di dunia...dan yang belum menyedari keuntungan penciptaan dirinya...
hidup selama hampir 2 dekad ini, sudahkah kita menyedari semua itu?
andai ya, sudahkan kita menjalankan tugas kita?
tugas untuk menyedarkan manusia2 yang masih belum sedar akan hakikat penciptaannya...

Apabila difikir-fikirkan, betapa sibuknya kita sebenarnya! 
Bilakah dapat kita menunaikan tugas tersebut? 
Membantu sahabat2 lain dalam menuju ke arah yang diredhaiNya...
Nikmat Allah telah banyak kita kecapi, tapi, sedikit benar kita menjalankan tugasan yang disuruhNya..
Banyaknya alasan, banyaknya kesukaran yang kita berikan atas sebab kita belum bersedia untuk menjalankan semua itu...tidakkah kita malu? Allah sedang melihat apa yang kita lakukan...
peringatan buat penulis juga, yang ada ketikanya malas dalam menjalankan tugasan tersebut...
terasa diri sangat sibuk, walhal Dialah Pemberi segala-galanya...
walhal Dialah yang sebenarnya lebih sibuk berbanding diri ini....
Dia yang menguruskan dan mentadbir seluruh alam ini dengan sempurnanya...
Tapi kita?? sibukkan apa?? entah~

"Apa yang di langit dan bumi semuanya meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan"
 (ar-Rahman: 29)

Peringatan bersama buat rakan-rakan dan diri sendiri, jom kita tinggalkan yang lumpur kotor itu, dan beralih ke lautan bersih...tidak dinafikan, memang sukar untuk meninggalkan jahiliyah, tapi kita diberikan banyak peluang olehNya untuk berubah...
ada ramai lagi sahabat2 di luar sana yang memerlukan kita, andai kita adalah orang yang faham, 
jom sama-sama kita bantu mereka...
mungkin diri kita juga tidak lengkap, tapi sekurang-kurangnya, kita menjalankan tugas khalifah itu,
agar di akhirat kelak, mereka tidak menarik tangan kita lalu mempersoalkan mengapa kita tidak menegurnya tika dia bermain di lumpur kekotoran, 
Ayuh kita bergerak, biarkan kata-kata orang lain memburukkan kita, bahkan mungkin akan membuatkan kita rasa lemah, namun, Allah lebih mengetahui segalanya...

Jom kuatkan hati...jom pimpin tangan bersama...kita ada Allah bukan?...
semasa menaip kata-kata ini, penulis juga agak gentar untuk menasihati, memandangkan diri sendiri juga terasa masih belum lengkap, kerana merasakan masih ramai ikhwah dan akhwat yg lebih faqih di luar sana, yang lebih bersemangat dalm dakwahnya...
tapi, kita sebenarnya yang memilih untuk menjadi salah seorang dari mereka ataupun tidak...

"Wahai org2 beriman! Mengapa kamu mengerjakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan. "
(as-saff: 2-3)

Bisikan nurani:
Menyimpan hasrat sahaja tidak cukup untuk membuktikan betapa teguhnya keinginan kita untuk berubah..
bertekad mungkin lebih kukuh daripada berhasrat tapi, semua itu bergantung pada diri kita..
jom berkempen, tinggalkan jahiliyah! ShuuuHh!!
Jom penuhi dada dengan ilmu, jom kita jaga iman yg turun naik ni :)

Salam alaik!

No comments: