BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 19, 2011

usrah baru...

Assalamualaikum~!

Alhamdulillah, hari ini, Allah masih memberi kesempatan untuk kita menerima nikmatNya...
dan pada hari ini juga, penulis ingin berkongsi sedikit ilmu dari usrah khamis yang lalu...
usrah yang terdiri daripada ahli2 baru, dengan kakak usrah baru,,,
dan segalanya baru lah..hihi

dimulai dengan tadabbur surah al-mursalaat...
dan menghafal hadith 1, 
iaitu hadith berkaitan dengan niat...

"Sesungguhnya, amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan. "

(Hadith riwayat Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirahbin Bardizbah Al-bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi, di dalam kedua kitab tersahih di antara semua kitab hadith) 

Sebenarnya, ada kisah di sebalik hadith Rasulullah ni...rasanya cerita ni dah sangat biasa untuk diceritakan...
jadi...jom kita kupas pengajaran yang dapat diperoleh daripada hadith ni...

1) Bagaimana berhikmahnya Rasulullah menegur sahabat dahulu...
Rasulullah sebenarnya menegur perbuatan Abu Talhah yang berhijrah kerana seorang wanita yang ingin dikahwininya...Walaubagaimanapun, baginda tidak secara terus menegur hal tersebut kepada Abu Talhah, tetapi dengan menyampaikannya pada Amirul Mukmin(Umar Al-Khattab), 
apabila difikirkan kembali, ada banyak sebab baginda berbuat demikian,,,
antaranya:

-supaya Abu Talhah tidak rasa rendah diri, seandainya baginda menegur Abu Talhah di hadapan org ramai
-supaya teguran ini bukan hanya ditujukan untuk Abu Talhah seorang sahaja tetapi juga untuk kita..

2) Mengingatkan kita supaya sentiasa 'refresh ' niat dalam setiap hal yang kita lakukan...
sebab kita kadang2 tidak sedar, yang niat kita lakukan sst tu mungkin dah terpesong...mungkin niat itu bukan lagi kerana Allah...jadi, sama2 kita refresh niat!! yeaHh!!

3) Mengingatkan bahawa niat yang x ikhlas, dan bukan kerana allah adalah ibarat fatamorgana...
yang nampak macam ada, tetapi sebenarnya tiada...
macam kebaikan yg kita lakukan tanpa ada pahala...sia2 kan? penat je dapat...hadoihh...susah x jadi manusia? hihi

akhir kata, nak share kata2 best,,,
tapi, asif jiddan sebab x sure sumbernya...if anyone know, please share :)

"ingat 2 perkara, lupakan 2 perkara..."

ingat pada : 
1) kejahatan kita pada org lain, 
2) kebaikan org lain pada kita

lupakan pada:
 1) kebaikan kita pada org lain
2) kejahatan org lain pada kita

wallahua'lam.

No comments: