BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 11, 2011

Golongan manakah kita???

Assalamu'alaikum...
jom kongsi sesuatu yang penulis dapat dalam usrah pada hari ini...

Bersumberkan buku yang bertajuk 
"Apa Ertinya Saya Menganut Islam" karangan Fathi Yakan- produk Pustaka Salam

dalam dunia ni, ada 3 golongan manusia...

1) Golongan yang hidup untuk dunia sahaja...
2)Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat
3) Golongan yang menjadikan dunia sebagai ladang akhirat

Jadi, golongan manakah kita??
mari bermuhasabah bersama...

Selain itu, penulis  Fathi Yakan(penulis buku di atas)
juga menyatakan tentang 
Cara2 untuk menjadikan hidup kita seluruhnya untuk Islam...
 1) Mengetahui matlamat hidup...
iaitu untuk
i) menjadi khalifah di muka bumi Allah (2:30)
ii) beribadat kepada Allah (51:56)

2) Mengetahui nilai dunia, berbanding akhirat...

hadith nabi Muhammad s.a.w :
"...pada suatu hari, Rasulullah melihat bangkai seekor anak kambing yang telah dibuang oleh tuannya, maka Rasulullah bersabda, `Tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini bagi tuannya. Demi Allah, dunia lebih hina pada pandangan Allah daripada kambing ini bagi tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) dengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.' " 
[Hadith riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah, dan al-Hakim dan at-Tirmizi berkata, hadith ini adalah hadith sahih]

Subhanallah! faham x? hihi...
sebenarnya, hadith ini ingin menerangkan bahawa dunia ini sangat tidak bernilai, sehingga ia dikiaskan dengan bangkai kambing yang tiada manfaat lagi...dan sehelai sayap nyamuk yang sememangnya bagi kita tidak bernilai, 
namun, dunia adalah lebih lagi tidak bernilai daripada sehelai sayap nyamuk tersebut...

3) Mengetahui dan sedar bahawa maut itu sesuatu yang pasti, jadi, marilah kita sama2 mengambil pengajaran daripada kematian...

"Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." (al-Imran:185)

Bisikan nurani: 
"Ya Allah, jangan kau letakkan dunia ini di hati kami, tapi letakkanlah ia di tangan kami...amin"






No comments: