BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

Carilah hatimu ketika...

Kata Imam Ghazali, 

"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran, Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingat mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya ketika itu kau tidak mempunyai hati! "
sumber: solusi edisi 4


SubhanAllah! kata2 pedoman oleh Imam ini sebenarnya banyak mengingatkan kita, 
bahawa nyawa manusia tidak akan bererti tanpa hati...
hati adalah roh, hati adalah raja tubuh badan...
andai rosak hati, seluruh anggota badan juga akan rosak...
oleh yang demikian, mari kita menjaga hati, agar seluruh anggota badan kita juga akan menurut perintah hati, 
iaitu untuk menjadi hambaNya yang bertakwa, hambaNya yang bersyukur atas segala nikmatNya...

Exam untuk semester 1 semakin dekat,,,
SoO scary~
oleh itu, entri kali ini diusahakan untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan2 supaya tidak lupa padaNya...
maklumlah, waktu2 peperiksaan biasanya merupakan saat yang paling mendebarkan bagi aku...
walaupun telah berusaha, tapi tetap ada perasaan kurang yakin...
kurang yakin untuk mendapat yang terbaik, dan bimbang keputusan yang diharapkan tidak mampu untuk digenggam dengan baik...

dalam musim peperiksaan juga,
waktu2 terasa sangat singkat dan mula menyingkatkan masa untuk menjadi hambaNya yang bersyukur,
mula merasakan peperiksaan adalah segala-galanya,

waktu2 bersamaNya disingkatkan, dan hati mula mengumpul penyakit...
tambahan pula, pada waktu ini, usrah pun akan berkurang...
bimbang tidak 'menemui hati' pada ketika itu...
 sebab andai hilangnya hati, hilanglah roh..
oleh yang demikian, mari kita menjaga hati, supaya tidak terleka dengan hal2 duniawi,
mari seimbangkan duniawi dan ukhrawi kita, untuk mendapatkan rahmatNya,
kerana banyaknya amal, tidak akan menjamin kemasukan kita ke tempat idaman manusia, iaitu syurga...
tapi, rahmat Allah lah yang menentukan nasib kita kelak...
moga2 kita sentiasa di bawah payung nikmatNya, dan berusaha menjadi hambaNya yang bersyukur...
amin..InsyaAllah...





No comments: