BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 11, 2010

Tolong jangan pilih aku?

Assalamualaikum...
 10.10.10 adalah tarikh yang sangat bermakna bagi kebanyakan daripada kita...
bagi aku, inilah tarikh yang menamatkan rasa susah hati, rasa takut dan penat atas segala yang berlaku, bermula dari hari Sabtu dan Ahad yang lalu...

Pada mulanya, aku ingatkan program yang kakak usrah aku ajak kali ni lebih kurang sama macam yang dulu2...
program yang lebih berunsur nasihat, pengajaran dan kesedaran tentang tujuan hidup manusia di dunia..
Rupa-rupanya, program tersebut lebih berkisar tentang tanggungjawab kita,sebagai umat Islam, sebagai umat nabi Muhammad s.a.w apabila kita melafazkan lafaz shahadah...
keliru?kurang faham?pening?menyesal...itulah perasaan aku ketika baru menyertai program tuh...
jom, nk cerita lagi nih...

SYAHADATUL HAQ 

Pertama sekali, maksud syahadatul haq itu sendiri telah membuatkan aku dan rakan2 lain terasa takut..
sebab maksudnya adalah 'penyaksian kebenaran' 
kebenaran apa? kebenaran bahawa kita percaya bahawa
"Aku bersaksi bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan aku bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

lafaz syahadah itu bukan hanya sekadar di bibir, tapi perlu masuk ke hati, agar kita sedar tentang tanggungjawab yang kita sedang pikul sebagai umat pertengahan, umat yang bertanggungjawab menyampaikan kebenaran yang telah Allah turunkan kepada nabi Muhammad dan baginda pula telah menyebarkan dakwah tersebut kepada seluruh umatnya, 
yang mana akhirnya sampai kepada kita...
Amanat kebenaran yang sampai kepada kita bukan untuk disimpan seorang diri, bukan untuk membuatkan kita seorang sahaja menjadi hamba yang baik, hamba yang taat padaNya, hamba yang diredhaiNya, 
tapi untuk berkongsi nikmat taqwa itu bersama manusia yang lain...
berkongsi rasa tanggungjawab menyebarkan amanat ini dengan seluruh umat manusia yang lain, 
khususnya umat Islam.

Menyedari hakikat inilah, aku terasa menyesal, terasa seperti tersalah memilih program,bahkan tertanya-tanya kenapa aku yang perlu menyertai program sedemikian dan mungkin terasa belum mampu untuk memikul segala beban tersebut...entahlah....
aku menitis air mata bila terasa beratnya tanggungjawab memikul kebenaran itu, tanggungjawab yang kita perlu pegang setelah mengucap dua kalimah syahadah...
Tapi, dia telah sedarkan aku, dia juga yang menasihatiku dengan ayat yang sesungguhnya sangat bermakna, sangat mujarab untuk menampal hati...

'Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu,dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama" (al-Hajj:78)

SubhanAllah! terasa kering air mata..=) terasa hidup ini kembali cantik dan terasa lebih bermakna daripada dulu...namun, rasa khuatir tetap bersarang dalam diri sebab...

"dan jika dia menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat sahaja, tetapi Dia menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjukkepada siapa yang Dia kehendaki. Tetapi kamu pasti akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan"(an-nahl: 93)

Aku bertanya pada dia,,,
"akak, cmane nk ajak orang? cmaner nak ajak diorang g usrah? cmaner nk gtau pe yg akak bgtau kt ktorang tyme usrah  kat kwn2? sebab bkn senang nk ajak,,,bkn senang nk pujuk..bukan mudah untuk tarik tangan orang lain dengan mudah.."

Dia jawab,,, 
"xpe, memang susah, tapi, sekurang2nya kita cuba, at least, kita buat, mungkin sikit, tapi tetap melaksanakan...mungkin mereka belum terbuka hati untuk terima, tapi kita telahpun melaksanakan tanggungjawab tuh...sebab kita x akan tahu bila Allah akan membantu mereka...lagipun hati kita pun bukan tentu lagi Allah akan tetapkan dan teguhkan di jalanNya sampi akhir nyawa...pape pun, berdoalah... "

itulah jawapan yang berjaya menguntum senyuman kami...yang mungkin aku kira dapat menyejukkan hati...

Jadi...sudah terlaksanakah tanggungjawab kita?
Sebelum mengakhiri, nak ajak korang baca buku nih..Syahadatul-Haq, ditulis oleh 
Abu al-A'la al-Maududiyy
wallahu'alam...


Bisikan nurani:

"Mujahadah itu pahit kerana terpaksa melawan diri sendiri agar kita  mampu membuang kecintaan terhadap dunia dan manusia yang menjadi penghalang tumbuh dan suburnya cinta kepada Allah"

No comments: