BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 19, 2010

Mencari jawapan daripada ayat-ayat cinta

Mencari ubat dan penawar dari ayat2 cintaNya...
Bukanlah sesuatu yang aku pernah jangkakan sebelum ni...
bersekolah agama bukan bermaksud seseorang itu telah lengkap ilmunya, mahupun akhlaknya...
tapi, mungkin salah satu jalan untuk memupuk ciri2 insan kamil...

kalau dulu, usrah memang berjalan macam biasa, sebagai kakak naqibah mahupun adik usrah yang dibimbing, masing2 sudah tahu jadual usrah masing2, 
bahkan telah menjadi sesuatu tradisi bagi kami...
Tapi, sekarang dah lain...usrah bukan kerana ustaz suruh, bukan kerana ia aktiviti wajib yang telah sekolah aturkan...tapi, sebab ia makanan hati dan rohani...
Bahkan, dari sini jugalah aku tahu erti memberi dalam kehidupan, bukan seperti dahulu yang buat sesuatu, tapi bukan atas rasa sebagai hamba Allah yang wajar memberi, tapi atas dasar sekolah yang ajarkan...
sekolah yang aturkan, sekolah yang suruh buat...
itulah yang aku kira, belajar erti keikhlasan selepas terpaksa...

sebenarnya, post kali ni nak share jawapan ayat2 cinta dariNya...mungkin sikit, tapi nak share juga..hihi
yang aku kira sangat mujarab untuk mengubati hati yang sakit...sakit kerana pelbagai sebab...antara soalan2 yang selalu melintas dalam fikiran aku,,,
tambahan bila terasa tak mampu untuk tunaikan sesuatu tanggungjawab, 
tapi, terasa kesian pada mereka...kesian?mungkin sebab aku tak tolong jadi rasa macam tak tunaikan tanggungjawab pula...adoyhh...bila macam nih, memang rasa nak balik..huhu...
tapi Dia telah sediakan surat2 cintaNya sebelum aku meminta...
SubhanAllah!

salah satu ayat favourite aku dari suratNya...

"Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." (2:286)

Lagi satu, kalau terasa nak memberontak, rasa terlalu tension, terlalu penat untuk laluinya, Dia lalu menjawab..

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang beriman." (3:139)

Bukankah Dia telahpun memujuk hati manusia dengan ayat2 cintaNya? 
tapi, kita yang tidak sedar,,,

sebelum tutup post, nak share lagu best...
Mestica-rahmat ujian...
Moga2 kita sentiasa di bawah payung cintaNya,,,amin,,insyaAllah..

Bisikan Nurani :

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidak ada satu musibah yang menimpa ke atas Muslim, samada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat dari dosa2." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

moga2 segala kesakitan kita mendapat kifarat di akhirat kelak..amin...insyaAllah...
Sesungguhnya sayang manusia pudar menjelang hari...tapi kasih sayangNya tetap kekal abadi. Carilah sayangNya! =) 
salam! 


2 comments:

محمد فاءيز said...

i like this post...
mmg kne ngn situasi aq ari ni....
diuji supaya x leka ngn duniawi...
tq ngn p0st ni...bg aq ksedaran yg ckup dlam...thanx (^^,)...

cikchem said...

ur welcome, =)
moga2 kte saling menasihati n mengingatiNya..
jazakAllahikhair (^^,)...