BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 14, 2010

Mari duduk sejenak kita menambah iman 3...

Assalamu'alaikum, =)

Nak kongsi usrah? Sejak akhir2 ni, group kami selalu berbincang tentang tafsir ayat-ayat cintaNya, bermula dengan juzuk terakhir, iaitu juzuk 30..

Semalam, giliran surah an-Nas..
Tafsir surah ni agak ringkas kerana jumlah ayatnya yang pendek dan sedikit.

Ayat 1-3 surah ini adalah untuk
 menunjukkan bahawa Allah itu pemilik seluruh manusia dan Dia adalah raja yang disembah oleh manusia...Hampir keseluruhan umat manusia di dunia ini percaya dan tahu bahawa Allah itu adalah pencipta seluruh kehidupan dan makhluk di atas muka bumi ini.
Namun, yang membezakan adalah, adakah manusia yang mempercayai Allah itu pencipta dan tuhan seluruh alam semesta itu taat padaNya? bahkan, adakah mereka menyembahNya sebagai satu2nya Tuhan atau sebaliknya? Dalam ayat pertama yang bermaksud, " Katakanlah 'Aku berlindung kepada Tuhannya manusia.'"

Allah adalah tempat kita memohon pertolongan dan Dialah yang berkuasa menentukan segala-galanya yang terjadi ke atas setiap manusia samada baik ataupun buruk. Andai hubungan kita denganNya rapat, sudah tentu Dia juga teragak-agak untuk membantu kita...kerana kasih-sayangNya sangat luas untuk para hamba2Nya walau kita sering membuat penderhakaan padaNya...

"Dan apabila hamba2 Ku bertanya kepadaMu Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu." (2:186)

Ayat 4-6 pula menerangkan bahawa bukan sahaja syaitan yang akan menghasut manusia untuk melakukan kejahatan, bahkan manusia dan jin juga mampu menjadi penghasut manusia lain untuk ingkar padaNya...

Adakalanya, kita tidak sedar bahawa terdapat kata2 kita yang sebenarnya berbaur menghasut...
cth, mungkin kita pernah memperkenalkan sesuatu novel, atau mungkin movie2 yang kita suka pada rakan2 lain, yang akhirnya membuatkan rakan tersebut meninggalkan solat kerana movie yang kita perkenalkan itu...
Seperti juga kebaikan yang kita ajarkan pada rakan lain, lalu dilakukan olehnya secara berterusan  dan menjadi tabiatnya, kita secara tidak sedar sebenarnya mendapat pahala daripada kebaikan yang dilakukan oleh rakan tersebut...
Keburukan yang kita ajarkan pada mereka dan menjadi tabiatnya, akan menyumbang dosa berpanjangan kepada kita, selagi rakan tersebut melakukannya...faham ke? hihihi(gaya kakak usrah aku)...muahaha

Oleh yang demikian, jom sama2 betulkan diri, sedikkit demi sedikit...biar perubahan itu datang dari hati, bukan atas dasar paksaan, kerana perubahan yang dilakukan atas dasar terpaksa jarang berkekalan...

Wallahu'alam...

penulisan di bawah adalah yang tiada kaitan....tuuutt...

Minggu yang busy........
minggu ketiga dalam tahun pertama sebagai pelajar ijazah sudah mula menampakkan kesibukan yang bakal datang, keletihan yang bakal mendampingi...hihi..(ayat student A2 cmni la...)
hari2 yang sangat memenatkan, ditambah dengan pelbagai komitmen yang perlu dilaksanakan...
Menyedari hakikat itu, aku buat keputusan awal2 untuk pulang ke kampung pada minggu pertama pembelajaran kerana itu adalah antara waktu2 kurang sibuk yang aku rasa dapat mengubat rindu mak ngan ayah....maklumlah, cuti bukan main lama...tipu la kalau x rindu...huhuu

Pulang ke rumah, aku disajikan pelbagai program..antaranya, temankan mak dan ayah pergi kenduri kahwin sepupu...bukan sepupu aku, tapi sepupu ayah...
Perkara yang paling membuatkan aku terkehut adalah, sejak hari itulah, aku baru tahu yang aku ada 
AH-JUSHI (bapa saudara)
kat kampus nottingham nih...
ah-jushi aku nih dah final year dah...ambil Finance and Management..macam mana la boleh x kenal...adoyhH...bila tanya ayah dan mak, mereka cakap ada bau2 bacang gitu...hihi...
whatever la...yang penting, sekurang-kurangnya, aku tak sorang2 kat sini...
ada blood relation jugak...
So, lepas ni kalau ada saudara mara yang bertanya tentang nottingham, aku tak perlu rasa malu untuk menjawab, sebab ah-jushi pun studi kat  sini...

orait! time's up! here are some pics,
(menang 12 point dalam perayaan menyambut ulangtahun ke-10 penubuhan nottingham malaysia..yaeyy!!!)

annoying bear n high prestige mug!!!
muahahahahaha
badut2 spoting...hihii...


waktu2 manis menjadi kanak2..muahaha...



No comments: