BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 26, 2010

Let's share something!

Assalamua'laikum!

Today's usrah??? Sangat best!!! hehehe...
sebab.....
tak boleh cerita lagi...kena ada introduction dulu...hihhi..

fokus utama hari ni, berkisar tentang kata2 ustaz Hasrizal (saifulislam),

"Erti Hidup Pada Memberi"
suatu ayat yang sangat bermakna kalau kita fikirkan betul2...
memberi bukan sahaja dengan wang, tapi senyum pun dikatakan sebagai memberi...
ermm...memberi apa dengan tersenyum? bagi aku, senyum pada orang lain akan membuatkan orang lain juga tersenyum, bahkan melahirkan suatu rasa seronok, dan mungkin menghilangkan rasa stress...lagi satu, senyum pun awet muda...lepas penat berkerut2 buat lab report, assaignment, n stadi...eloklah membanyakkan senyum...biar otot2 muka bersenam sikit...hehehe...

ermm...dalam konteks pasangan hidup pula, 
kebiasaannya, kita pasti mendoakan yang agar mendapat pasangan yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita...tapi, kita tidak pernah terfikir andai diri sendiri sudah jadi yang terbaik untuk dia, terbaik untuk dunia dan akhirat dia...sebab berkongsi hidup bukan untuk memberi faedah pada sebelah pihak sahaja..bahkan kedua2 belah pihak seharusnya mendapat kebaikan daripada satu sama lain supaya ikatan yang terjalin lebih bermakna, bukan sahaja untuk duniawi, tapi ukhrawi...

surah tadabbur: surah al-Baqarah: (261 - 274),
kebanyakannya bercerita tentang infaq(memberi)...
salah satu ayat yang paling aku suka..

"Wahai orang2 yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari usahamu yang baik2 dari sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, Maha Terpuji."
( 2:267 )

 Aku suka pada ayat ni sebab, ayat ni beri suatu pengajaran pada aku, supaya beri sesuatu yang kita suka, pada orang lain, bukan yang kita tak suka, bukan juga sesuatu yang kita tidak mahukan...
bukan mudah untuk lakukan, tapi, jom kita usaha sama2....hihihihhi :)

Bahkan, harta kita bukan hak kita keseluruhannya...tapi ada hak2 orang lain dalam harta kita yang seharusnya kita serahkan,,,

"Dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta, dan orang miskin yang tidak meminta." (51:19)

Lagi satu, berpeganglah pada ayat nih..

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (2:261)

Ayat nih la yang sebenarnya, memberi kekuatan pada kita, tentang besarnya hikmah memberi...kita beri sikit je, tapi Allah balas dengan ganjaran yang berlipat ganda baiknya...SubhanAllah!..jadi..???
 jom fastabiqul khairat! ( berlumba2 ke arah kebaikan)...

sebab usrah hari ni best?
hehehe...ada satu petua...untuk minta pada Dia agar kurniakan pasangan yang soleh/solehah...
jom amalkan...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertakwa."
(surah al-Furqan:74)

Bisikan nurani :

"Semoga HATIKU dan HATIMU...BERSATU untuk DIA YANG SATU...Tuhan pencipta AKU dan KAMU. Di bawah agama yang SATU. PERJUANGAN YANG SATU."

No comments: