BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 25, 2010

~Pokok2 sujud~

Ramadhan menjanjikan pelbagai kelebihan  yang tiada pada bulan2 lain. Tapi, adakalanya kita lupa kelebihan yang Allah berikan dan masih kekal dalam takungan maksiat. Syaitan telah dirantai tapi, tidak nafsu…Bulan mulia inilah kita nak analisa diri, samada kita masih lagi tunduk pada hawa nafsu atau sebaliknya, memandangkan syaitan yang dikatakan penghasut pada bulan2 lain itulah yang menyebabkan kita lupa padaNya, lupa pada nikmatNya, lupa tujuan manusia diciptakan…Tanpa kehadiran syaitan, adakah amal kita telah bertambah atau sebaliknya? …Tepuk dada Tanya iman =)

Malam puasa yang ke-9 sangat bermakna bagi aku, sebab sebelum2 ni, ada juga tazkirah kat surau dan masjid yang disampaikan oleh pak imam2…tapi, tidak melekat di hati…aku fikir, mungkin tazkirah yang disampaikan bukan dari hati, sebab itulah tak boleh masuk ke hati jugak…muahaha =)

Orait, actually tazkirah yang best tuh, pasal malam lailatul qadar…malam buku manual manusia           (Al-Quran) diturunkan. Pak imam cakap, takde manusia pun yang dihijab oleh Allah daripada malam lailatul qadar. Sebelum ni, aku percaya bahawa ada orang2 tertentu je yang dapat malam lailatul qadar…kalau pemalas macam aku nih, jangan nak mimpi la,,,lagipun, tyme kecil2, aku percaya kalau dapat malam lailatul qadar tuh, maksudnya nampak pokok2 sujud,,,hehehe….tambah plak, tok imam cakap , `kalau buat amal pun berkira dengan Allah, tok sah mimpi sorga lah’…sebab layaknya manusia masuk syurga bukan kerana banyaknya amalan tapi kerana rahmatNya...kalau beribadat pun kita malas, mana nak datang rahmat dan kasih sayangNya..btol x??..hihi...walaupun dah ngantok tahap panda, tapi suara tok imam nih menggegarkan taik telinga…muahaha…x bleh tido plak…so, dgar jela…macam biasa, tazkirah yang selalu kita dengar bila ramadhan datang..tapi tahap kesedaran tuh yang membezakan…harap2 tazkirah itu menjanjikan kesedaran yang lebih baik dari tahun lepas.

“Kejar 5 perkara sebelum 5 perkara”…itulah yang terlintas di fikiran bila melihat opah2 yang sangat rajin ke masjid untuk bertaraweh…bukan satu atau dua orang opah2 yang aku jumpa mengadu sakit kaki, sakit lutut, x larat bangun dan macam2 lagi…aku rasa waktu inilah Allah nak tunjukkan bahawa masa muda2 la kita nak beribadat…sementara sihat, sementara lutut2 masih boleh bergerak dengan baik…bukan ikut kata2 “bila dah tua baru la tobat”…bukanlah nak cakap opah2 ni malas beribadat masa muda…tapi nak memberi pengajaran pada yang muda agar kejar masa sihat sebelum datang masa sakit…manusia x akan pernah minta untuk sakit…sebab bila sakit, banyak hal akan tergendala…tapi, itulah lumrah hidup…yang muda akan tua, yang sihat tidak selamanya sejahtera, dan yang cantik akan luput..tiada hal pun yang akan kekal kat dunia ni...semoga kita sentiasa sedar tentang hakikat tersebut dan sentiasa membaiki diri! InsyaAllah… =)


~Rindu pada mereka!!!~

Ermm…tahun nih, tahun pertama dak masyyam puasa tanpa dok rumah…sangat kesian…hehehe,,,dak masyyam nih kuat makan…jadi, xtau la dia boleh tahan puasa kat asrama ke tak…tapi, dia kata boleh bangun sahur, larat makan…so, ok la…hehe…minggu pertama puasa hari tuh, dia balik dengan baju2 masyam tahap maksima…macam biasalah……wakaka…sampai kena pakai topeng H1N1 utk elakkan pitam tengah mesin baju dia,,haha…tapi, benda2 nilah yang buat kecoh kat rumah…kalau xde orang balik, duk sorang2 jelah aku…aisHh..xbest…kalau ada dak masyyam, boleh sembang2, tengok katun sama2, ejek dia, sakat dia, muahaha,,,yela,,,sape suruh jadik yang bongsu....kena buli la,,,,agagaggaa…lagipun, sejak masuk asrama dak masyam dah makin matang…dah boleh gurau2 dengan dia, main2, ejek2,,,kalau dulu pantang panggil masyyam, mesti mencuka,,,haha,,,pastuh, pantang kakak2 dia marah…yela…contoh, tiap kali goreng ayam, paha dia mesti hilang..takpun kepak…bukan nyanyaw curik ke apa…tapi, dak masyyam sorok dalam poket!!! Muahaha….sangat buat lawak la….paling tension, dia mesti makan kat bilik kami…bukan bilik dia…so, bila sapu sampah, banyak la mut-mut kat bilik kami…kerumun kat sisa2 ayam tuh…aiYakk…nak marah merajuk plak dia nanti…so, bebel dalam hati jela…


Yang dak debab nih lain plak cternye…hehehe…x sangka masa sangat cepat berlalu…dia dah nak ambil exam dah…dah nak spm…rasa baru lagi buli dia ngan akak mushuq…tiap kali balik sekolah, akak mushuq la yang paling setia bawakkan beg tadika aku…haha…sebab tuh sayang kat akak lebih..wakakka =) dak debab x kena buli sangat…mungkin sebab jarak umur yang agak dekat…so, kami rapat masa kecil,,,tapi berseteru bila dah besar,,,ada je yang x ngam…bila x ngam mula la gaduh…adOyyhh…cian akak…dia yang kena marah…sebab x pandai jaga adik2…hihii..sori la sis! =) bila umur meningkat, masing2 dah matang…dah tau erti hubungan adik-beradik…erti kasih-sayang…so, xde la gado2 dah…muahaha….tahun 2010 nih, sangat best sebab aku berpeluang jadik anak tunggal sementara kat rumah…temankan mak dan ayah berpuasa…hehe..hampir 4 bulan duduk rumah…balik notty nanti mesti rindu…huhu…tapi, jadik anak tunggal la paling mencabar sebenarnya..sebab banyaknye benda yang sorang2 kena uruskan…waa~

Erm…penat dah…bulan2 pose cmnih sangat mudah terlelap…jangan terlelap selama-lamanya sudah…hihi…btw selamat berpuasa buat seluruh umat islam dan moga2 kita dapat top-up iman dalam bulan mulia ni dan mengejar rahmatNya…amin…jom cari malam yang pokok2 sujud! =)



Bisikan nurani…

Kasih sayang terlalu sukar untuk diungkapkan…

indahnya kasih sayang itu lahir dengan pelbagai cara dan perbezaan…

kasih sayang yang wujud di hati tidak semestinya terzahir di pandangan…

kasih sayang Allah menguji dengan cabaran dan dugaan, tapi rahmatNya tetap melimpah walau kita sering membuat penderhakaan…

kasih sayang rasul rela memilih derita demi sebuah teladan, untuk umat yang sering kealpaan…

kasih sayang ibu ayah sanggup nyawa menjadi taruhan, demi melihat anak dalam kegembiraan…

Moga2 kita kekal dalam kehidupan yang penuh kasih sayang tanpa melupakanNya…




No comments: