BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 25, 2010

A Story of a Donkey

Assalamua`laikum...
Before we go further,
let's start with a story of a donkey...ahaKsZ!!

Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki bernama Abdullah yang sangat bersemangat dalam sesuatu hal, tetapi lemah dalam tatacara pergaulan sesama manusia.Pada suatu hari, beliau meninggalkan rumahnya untuk menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid berdekatan,..

Ketika dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang lelaki di atas pokok yang sedang mengait buah kurma. Lalu, Abdullah berteriak kearahnya "Siapakah lelaki yang tidak mengendahkan azan ini??!! Cepat turun dan solat!!"
Lelaki yang sedang mengait buah kurma tadi sangat terkejut lalu berkata, "ok,ok ...I'l get down"
Abdullah berkata lagi, "Cepatlah turun dan segera solat, wahai si keldai!!"

Lelaki yang sedang mengutip kurma tadi berasa sangat marah lalu menjerit, " Kau panggil aku keldai??!!!" Tanpa membuang masa, beliau mematahkan dahan pokok tersebut dan bersedia untuk memukul Abdullah.
Abdullah berasa takut lalu menyorokkan mukanya supaya lelaki terbabit tidak dapat mengenalinya dan meneruskan perjalanannya ke masjid.

Lelaki kurma tadi, kemudiannya pulang ke rumah dan menunaikan solat zohor dalam keadaan marah.
Kemudian, tibalah waktu Asar dan seperti biasa, Abdullah berjalan lagi ke masjid dan menemui lelaki yang sama(lelaki kurma) di pokok yang sama, sedang mengait kurma..

Abdullah lalu membuat keputusan untuk mengubah cara beliau menegur lelaki tersebut. Beliau lalu memulakan bicara, 

Abdullah : Assalamua`laikum! Apa khabar?
Lelaki kurma : Alhamdulillah..baik!
Abdullah : Bagaimana keadan pokok kurma kamu? Adakah kamu mendapat penghasilan yang baik?
Lelaki kurma : Alhammdulillah!
Abdullah : Mudah2an Allah memberikan kejayaan kepada kamu serta memudahkan perjalanan hidupmu dan memberikan balasan yang baik atas segala usaha yang telah kamu usahakan.

Lelaki kurma itu berasa senang atas doa Abdullah.

Abdullah : Nampaknya kamu terlalu khusyuk dengan kerjamu sehingga tidak sedar azan sudahpun berkumandang. Sepatutnya kamu turun dan rehat sebentar untuk menunaikan solat berjemaah dan menyambung kerjamu kembali setelah selesai solat nanti. Mudah2an Allah memberikan kesihatan yang baik padamu."

Lelaki kurma : InsyaAllah, InsyaAllah...
beliau lalu turun dari pokok tersebut dan bersalam dengan Abdullah, sambil berkata ,

"Saya ingin berterima kasih atas kebaikan saudara yang melayan saya dengan layanan yang sgt baik. Ketika waktu zohor menjelma tadi, seorang lelaki telah menegur saya dengan biadabnya. Saya harap dapat bertemu dengannya lagi dan membuktikan padanya, siapakah sebenarnye keldai!!"

pengajaran :
your skills of dealing with others determine how they deal with you.
diterjemah dari buku: enjoy your life-karya 
Dr. Muhammad `Abd.Al-Rahman Al-`Arifi

MUTIARA KATA HARI INI:

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."-Hamka

 SALAM RAMADHAN!!!


No comments: